Pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi foto anaknya, Muhammad Luth Ali di laman Instagram dan menunjukkan dua foto studio menunjukkan jarak perbezaan setahun bagi kedua-dua gambar.
Pelakon dan finalis Dewi Remaja 2014/15, Mawar Rashid mendedahkan dia dan suami, Raff Yaakob tidak membawa anaknya, Raden Muhammad Rafael untuk sama-sama bercuti ke London atas kekangan kesihatan yang dialami putera sulung mereka itu.
Kongsinya menerusi entri terkini di Instagram, dia bagaimanapun sudah menempah tiket untuk Rafael, namun bintang itu mengambil keputusan tersebut memandangkan Rafael baru sahaja keluar dari hospital.
“Mommy baru habis shooting semalam. Harini terus pergi London tinggalkan Rafael. See you on 28th sayang. Ticket Rafael dah beli, tapi kitorang risau bawak Rafael sebab masih baby lagi. Dia pun baru keluar hospital haritu.
“Kita tak tau apa penyakit kalau bawak g airport and luar negara tu. so as for now kitorang avoid dulu. Kesian kat Rafael kalau pape jadi. Duit takpe boleh cari, kalau anak jatuh sakit, dia punya risau tak boleh beli ubat. Gonna miss you sayang.
“Duduk baik2 sama Abai (nenek) ya,” tulis Mawar sambil memuat naik foto bersama permata hatinya itu.
Dalam perkembangan lain, bintang itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri, TQ Captain di samping suaminya, Hisyam Hamid, Harris Anuar dan ramai lagi.
Drama berkenaan kini sedang rancak bersiaran di slot Mega Drama di Astro Ria dan Ria HD.
Posting terkini pelakon Intan Najuwa di Instgram mengundang perhatian ramai apabila dia dirakam ‘ketakutan’ sewaktu mahu mengambil suntikan vaksin sebelum berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
Menerusi video yang dimuat naik, pelakon berusia 22 tahun itu berkongsikan pengalaman mendapatkan suntikan di sebuah hospital baru-baru ini.
“Sakit tak? Panjangnya jarum.
“Mommy tolong… Sakit tak,” antara kata yang diungkapnya dalam video pendek yang dikongsi.
“Kebetulan tadi shooting kat Hospital. Alang-alang ambik injection before pergi umrah.
“Ha hambik satu production kena pujuk heret taknak bagi takut, @shah_peel @aniezajaafar, Dasarrr penakutttt,” tulisnya pula di ruangan kapsyen.
Sudah seminggu berada di kampung halaman isteri di Perlis, tiba masanya pasangan pengantin baru Sarah Hildebrand dan suaminya, Otto Gillen pulang ke Kuala Lumpur.
Malah, Otto,26, gembira kerana sepanjang berada di sana, dia berpeluang melakukan aktiviti perkampungan seperti memancing, bercucuk tanam dan sebagainya.
Terdahulu, Sarah, 29, sah bergelar isteri kepada Otto yang juga seorang pelukis dengan sekali lafaz pada 3 November lalu di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.
Difahamkan, pasangan itu mula berkawan rapat sejak Februari meski sudah saling mengenali sejak sekian lama.
Foto : Instagram Sarah, Otto
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.