Sebagai tanda persahabatan, pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam dan suaminya Datuk Azam telah menyambut hari ulang tahun kelahiran rakan pelakon Norman Hakim.
Menerusi akaun Instagram milik Rebecca, dia berkongsi momen ketika meraikan hari jadi Norman yang turut ditemani isteri, pelakon Memey Suhaiza.
Dalam pada itu, Rebecca turut mendoakan agar Norman dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
“Happy birthday Abg @normanhakim_786 Semoga Panjang Umur,Murah Rezeki Sentiasa Dan Berbahagia Sentiasa bersama Keluarga TerCinta thank you sayangku mummy Cantik @memeysuhaiza for having me and Hubby today,
“Yeayyy Jadi plan Para isteri, next location after this please. @memeysuhaiza @azambecca @normanhakim_786,” tulisnya.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Adam Daniel 11 tahun, Nor Anggun Raverra, 7 tahun, Nor Anggerik Renesmee, 6 tahun, Nor Aliff Al-Raffael, 3 tahun dan Nor Ahmet Al-Reaggan, setahun.
Selain itu, Rebecca juga turut menjaga beberapa orang anak angkat.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Masin mulut kau”. Itu antara perbualan dialog antara pelakon Azad Jazmin dan pelawak Angah Raja Lawak kira-kira 10 tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram Azad, dia ada memuat naik foto throwback bersama pelawak tersebut dan menceritakan mengenai perjalanan hidup masing-masing pada masa akan datang.
“Do You actually Love your BFF truly? Pic ni tak salah dah berumur lebih dari 10 tahun. Dialog Angah n Azad.
“Angah : kau rase lagi sepuluh kita dah jadi ape cha? (Sambil bertinggung ala ala berak berjemaah hehehe).
“Azad : aku rasa kan ngah hang Akan jadi Dj radio sinar Fm.
“Angah : ye ke Alhamdulillah masin mulut kau cha.. kau pulak jadi ape cha?
“Azad : aku akan jadi artis jemputan hg nanti utk hang intrerview ngah.. hehehe
“Alhamdulillah ngah dah pun terjadi.. lepas ni rasa rasa Saya dan angah_lawaking akan jadi apa pulak lepas ni? Ni uolls pulak jawab?
“Tips— sekiranya anda sayang kawan anda, bukti kan dgn duduk menggangkung bersama sama sambil sembang macam saya n Angah hehehehe,” kongsinya.
Foto tersebut dimuat naik Azad kira-kira 10 tahun lalu bersama Angah atau nama lengkapnya Iskandar Shah Hashim yang kini bertugas sebagai penyampai radio Sinar.fm
Malah, impian tersebut menjadi kenyataan apabila Angah telah menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio setesen berkenaan kira-kira dua tahun lalu.
Lebih teruja, Azad pernah menjadi tetamu jemputan baru-baru ini.
Untuk makluman, Angah yang juga naib juara MasterChef Selebriti Malaysia (2012) memulakan karier sebagai penyampai radio stesen berkenaan pada tahun 2018 bersama Jep Sepahtu dan Rahim menerusi segmen pagi iaitu Pagi Di Sinar.
Menyifatkan persembahan Harris Baba dan Unique sebagai tiada ‘showmanship’, jelas Linda Jasmine, sukar baginya untuk memberikan markah kerana sistem penjurian memerlukan kelebihan dalam sisi tarian dan nyanyian.
Perkara ini turut diakui Datuk Rizalman Ibrahim yang juga selaku juri tetap. Tambahnya pula, Harris dilihat bagai tidak menunjukkan kesungguhan dan tiada keyakinan dalam persembahan yang dilakukan.
“Dia tidak yakin. Susah jika asyik memandang ke bawah dan tidak merasai sokongan yang diberikan peminat.
“Kemudian banyak kumpulan yang hebat, jadi terlalu berbeza persembahan yang ditonjolkan,” jelasnya kepada media.
Sementara itu, Linda turut mengulas pemberian markah cukup sukar dilakukan kerana penari memberikan persembahan yang baik, namun sebagai penyanyi utama, Harris gagal melaksanakan tugas.
“Penari sudah cukup bagus namun nyanyiannnya tidak begitu memberansangkan, jadi sukar untuk kami berikan markah.
“Tapi bagi saya, sebab utama penyingkiran Harris kerana dia tiada showmanship.
“Jika dia mahu terus berjaya, dia harus ambil ilmu daripada Dansa Dan Sing dan gunakan untuk masa hadapan,” tambah Linda.
Minggu kedua menyaksikan Harris Baba menjadi peserta pertama tersingkir daripada Dansa Dan Sing dengan jumlah markah 49.67 peratus.
Manakala Shiha Zikir menduduki tangga pertama dengan 94.93 peratus diikuti Chubb-E dengan 94.03 peratus.
Atilia dan Nik Qistina menduduki tiga tangga terbawah dengan masing-masing membawa markah 58.87 peratus dan 58.77 peratus.
Dansa Dan Sing dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza sementara juri tetapnya terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim.
Program berkenaan bersiaran secara langsung setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Zul Ariffin mengakui setiap tahun dirinya akan berhenti dari memuat naik sebarang foto atau status di media sosial, khasnya Instagram bagi memberi ruang terhadap diri sendiri.
Menurutnya, perkara tersebut sudah pun diamalkan sejak sekian lama dan ia turut diketahui para peminat setianya.
“Setiap akhir tahun saya akan ‘shut down’ akaun Instagram. Its just happend benda tu dan ramai yang ingat saya berbuat demikian kerana hal tersebut. Setiap akhir tahun saya akan ‘switch off’ dan take a break.
“Saya buat kerana kadang-kala telefon kita sudah biasa sangat dengan sosial, sibuk tengok orang punya aktiviti dan sebagainya. Setiap tahun saya akan buat benda tu, at least,” jelas Zul.
Bagaimanapun, penutupan akaunnya tidaklah mengambil masa panjang dan Zul lazimnya akan membuka semula sebulan selepas itu.
“Sekejap saja tutup, lepas tu aktif balik. Hampir sebulan tidak aktif dan peminat saya tahu akan perkara itu. Sudah bertahun, cuma ada yang tidak perasan… My fans perasan dah.
“Mereka tahu sebab itu mereka tiada kata apa pun. My end of the year punya rutin,” jelasnya lagi.
Zul pada masa sama turut mendedahkan, akaun Instagram miliknya dikawal selia dirinya sendiri selain bantuan kakak.
“Laman sosial saya yang kawal dan ada ketika kakak saya yang tolong. Saya tiada skuad pengurusan.
“Saya sendiri yang uruskan dari dulu hingga sekarang. Ia lebih menyenangkan,” katanya lagi.
Terdahulu, aktor berbadan sasa ini ditemui di set penggambaran filem terbarunya, Talbis Iblis di Pulau Carey, Klang baru-baru ini.
Turut sama terlibat di dalam filem seram terbitan Infinitus Productions ini ialah Nasha Aziz, Azira Shafinaz dan ramai lagi dan dijangka akan ditayangkan hujung tahun ini.
Zul sebelum ini mendapat perhatian ramai sebelum menjelang detik tahun baru lalu apabila dikatakan telah menyahaktifkan akaun Instagramnya.
Lalu tindakannya itu menimbulkan spekulasi di kalangan peminat bahawa ia dibuat selepas timbulnya isu sensasi yang didakwa mirip kepada pelakon berkenaan mulai bertebaran di media sosial.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.