Sah! Noor Nabila Kini Isteri Engku Emran Dengan Sekali Lafaz – “Kita Buat Yang Wajib Selain Bersederhana, Yang Penting Kami Mahukan Keberkatan.”

Share

Tahniah diucapkan buat kakak kepada usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila, 36, yang telah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan Engku Emran  Engku Zainal Abidin, 46, kira kira jam 10.02 pagi tadi di Masjid  At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan berwalikan adik Nabila sendiri iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor sebagai wakil.

Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Bagaimanapun tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin berkenaan.

Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan sementara dekorasi dan pelamin direka cantik Rekateemor.

“Alhamdulillah semuanya berjalan serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja. Kita buat yang wajib saja selain bersederhana.

“Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini,” kata Nabila.

Nabila turut menafikan desas desus yang mereka mengikat tali pertunangan seperti digembar gemburkan sebelum ini.

“Memang kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan.

“Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Malah sama sama berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal,” katanya.

Mengenai suami, Nabila menyifatkan hubungan antara mereka mekar tanpa diduga.

“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang diinginkan dalam pasangan hidup.

“InsyaAllah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya.

Terdahulu pasangan berkenaan sebelum ini mencetuskan tanda tanya apabila timbul gosip mengaitkan mereka kononnya sedang menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan berkenaan juga masing-masing berkongsi gambar aktiviti berbasikal bersama teman lain melalui paparan foto dalam laman sosial.

Lebih hangat, apabila foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular dan diperkatakan ramai baru baru ini.


Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.

Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Dia sebelum ini juga pernah berkahwin dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.

Foto: Insta Story Neelofa, Ameera Khan

IKLAN