Selain peminat pasukan bola sepak kebangsaan, bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali juga merupakan antara individu yang turut meluahkan rasa kecewanya di atas mutu pengadilan berat sebelah pengadil dari Jepun, Ryuji Sato dalam perlawanan kumpulan B, Piala AFF, Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, pada malam Selasa.

Menerusi laman Instagram miliknya, penyerang kelab Kuala Lumpur City itu mempertikaikan tindakan Ryuji memberikan sepakan penalti kepada Vietnam yang mana terang-terangan menunjukkan pemain Malaysia tidak melakukan sebarang kesalahan atau tackle keras terhadap pemain lawan selain melayangkan kad merah tanpa sebab munasabah terhadap Azam Azmi.

“Famous dia ni semalam, bukan sekali…

“Pandangan saya, dia ni tak pernah dan tak pandai bermain bola sepak. Permainan bola sepak sukan yang dimainkan dengan menggunakan tubuh fizikal, dalam masa yang sama ia menggunakan mental dan emosi.

“Bila mana orang yang tidak tahu menahu sentuhan secara keras demi perjuangan nama megara, itulah tindakan dan layangan kad yang tidak sepatutnya terjadi,” tulis Safee di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SuperSafee 10 (@supersafee_10)

IKLAN

Menurut Safee lagi, mutu pengadilan Ryuji boleh dipertikaikan kerana terang-terangan bersifat bias dan berat sebelah.

“Berat sebelah dan nampak ketidakadilan di situ. Suruh dia rembat bola lepas tu ada defend boy contact dia… apa dia rasa,” luah Safee lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat Safee termasuk pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut memerli cara pengadilan Ryuji.

“Dulu dia main catur,” tulis Sharnaaz.

IKLAN

“Kalau dah legend bola bersuara. Itu pun orang Vietnam kemain kutuk kita tak tentu hala. Banyak kali pemain no.5 Vietnam tu body contact macam main rugby tapi pengadil mabuk ni diam je.

“Suruh dia pergi ambil kelas lagi macam mana nak jadi pengadil.

“Dia ni memang patut tarik balik lesen (pengadil).

IKLAN

“Tak profesional langsung,” komen beberapa netizen.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan negara kalah 3-0 kepada Vietnam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini. 

Foto:  Instagram Safee Sali

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI