[et_pb_section admin_label=”section”]
[et_pb_row admin_label=”row”]
[et_pb_column type=”4_4″]
[et_pb_text admin_label=”Text”]
Lima hari lalu, pelakon versatil Zarina Zainuddin memaklumkan usia perkahwinannya bersama Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sudah pun memasuki tahun ke-25. Menerusi Instagram, bintang tersebut memberitahu dia mendirikan rumah tangga bersama suaminya, yang berstatus suami orang pada 13 Julai 1993 lalu.

Katanya, ketika mendirikan rumah tangga pada tarikh keramat itu, dia mengakui sedar sekeping hati wanita lain hancur berderai walaupun perkahwinan yang dibina mendapat izin daripada isteri pertama.

“13 julai 1993 tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya..saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai. Walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka disaat saya baru mengejar bahagia. Perkahwinan dalam usia saya 22 tahun, saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak hidup saya macam lalang ditiup angin kekiri kekiri lah saya ditiup angin kekanan kekananlah saya.

 

“Kalau kakak izinkan saya kawin ,Allhamdulilah dengan izinnya..kawinlah saya nun jauh di seberang sana ..selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya..abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja ,kakak lah segala galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar absng lebih perlukan dia..kalau ina nak cinta cinta ni tak ada..kalau sabar adalah nanti..kawinlah saya tanpa cinta,” tulisnya.

“Saya Tahu Sekeping Hati Wanita Lain Hancur Berderai,”- Genap 25 Perkahwinan, Zarina Zainuddin Kongsi Situasi Jadi Isteri Kedua

IKLAN

Pada masa sama, Zarina turut mengingati kata suaminya yang memberitahu, kalau mahu menjadi isteri kepadanya, dia perlu sabar dan terus bersabar.

IKLAN

“Saya masih ingat lagi kata suami saya abang taknak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang..kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar. Terima kasih abang. Sabar itu separuh dari iman,” kongsinya sambil mengharapkan apa yang dikongsinya itu boleh dijadikan pengajaran kepada semua.

Malah katanya, kita semua tidak dapat menguasi cinta kerana cinta mahal hanya untukNya.

IKLAN

“Semuga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua..anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta..cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya,” katanya lagi sambil disusuli dengan tanda palang  #khasuntukmerekayangbermadudiluarsana #sharingiscaringandforgivingallways dan #ujumpijump.

 

“Saya pernah buat silap..tapi anak2 ini banyak menyedarkan saya kuasa Allah lebih hebat dari segalanya…”akhiri Zarina.

View this post on Instagram

13 julai 1993 tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya..saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai.. walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka disaat saya baru mengejar bahagia..perkahwinan dalam usia saya 22 tahun..saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak hidup saya macam lalang ditiup angin kekiri kekiri lah saya ditiup angin kekanan kekananlah saya..kalau kakak izinkan saya kawin ,Allhamdulilah dengan izinnya..kawinlah saya nun jauh di seberang sana ..selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya..abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja ,kakak lah segala galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar absng lebih perlukan dia..kalau ina nak cinta cinta ni tak ada..kalau sabar adalah nanti..kawinlah saya tampa cinta..dan saya masih ingat lagi kata suami saya abang taknak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang..kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar.. Terima kasih abang .. sabar itu separuh dari iman ? Semuga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua..anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta..cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya.. #khasuntukmerekayangbermadudiluarsana #sharingiscaringandforgivingallways #ujumpijump Saya pernah buat silap..tapi anak2 ini banyak menyedarkan saya kuasa Allah lebih hebat dari segalanya..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Foto: Instagram Zarina Zainuddin
[/et_pb_text]
[/et_pb_column]
[/et_pb_row]
[/et_pb_section]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI