Pulau Langkawi yang terletak di negeri Kedah memang sentiasa menjadi tumpuan pelancong tidak kira dari dalam dan luar negara.
Sememangnya pulau ini sangat sinonim dengan sejarah Mahsuri dan makamnya yang terletak di pulau itu sering menjadi destinasi kunjungan daripada para pelancong.
Baru-baru ini MH terlihat satu posting penyanyi popular, Lah Ahmad di Instagramnya dapat berjumpa dengan waris daripada lagenda Pulau Langkawi itu.
“Bersama waris dari keturunan Legenda Mahsuri( Rahimah Bt Sanusi)
“☺ Sewaktu di Phuket, kami singgah makan Tom Yam di sebuah kedai. Tauke kedainya yang baik hati hantar makanan sendiri meja ke meja, bila ditanya baru tau. Rupanya dia adalah daripada keturunan Mahsuri ( lagenda pulau Langkawi) yang kini menetap di Phuket Thailand. Namanya Rahimah Sanusi dan merupakan sepupu pada Aishah yang kita kenal pernah datang Malaysia suatu ketika dulu. Terima kasih menjamu kami mai makan dari Malaysia. Sedap oo dia masak Tom Yam.
“Dia kata darah dia warna merah ? Mahsuri saja yang keluar warna putih #mahsuri #langkawi #phuket #ummahcruises,” tulis Lah pada kapsyen postingnya.
Wah cantik betul keturunan Mahsuri ni kan? Rata-rata pengikut Lah juga turut memuji kecantikan yang dimiliki oleh Rahimah.
cik_qiesh: Cantik org nyer
muhamadmustakim141: Untung @lah_ahmad dpt bersua muka dgn keturunan lagenda ni.
alia_humairaa: Cantik.. Putih.. ??
seinalhabshi: lawa nya
Bertuah Lah dapat jumpa dengan keturunan lagenda Pulau Langkawi. Daripada raut wajah Rahimah ni MH pasti Mahsuri juga merupakan seorang wanita yang cantik.
Sumber: Instagram Lah Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI