Rupa-Rupanya, Ini Punca Nora Danish Tak Ambil Job Berlakon Sepanjang Puasa, Sejak 10 Tahun Lalu!

Share

Pelakon dan usahawan, Nora Danish mengakui sudah sekian lama tidak mengambil mana-mana tawaran lakonan sepanjang Ramadan.

Katanya, tempoh tersebut diambilnya untuk memberi fokus terhadap keluarga dan ibadah.

“Saya dalam lapan ke 10 tahun tidak mengambil tawaran berlakon di bulan puasa. Bukan kerana apa sebab bagi saya, pada waktu itulah saya ada masa untuk isi masa bersama keluarga.

Pada masa sama, orang kata boleh fokus buat perkara-perkara amal,” katanya jujur.

Ditanya mengenai persiapan rayanya pula, Nora mengakui tahun ini lebih berserdahana memandangkan dia sedia ada koleksi baju niaganya sendiri, OWL by Nora Danish.

“Saya kan biaga baju koleksi raya sendiri, jadi pastinya saya akan peragaan koleksi berkenaan sepanjang raya nanti. Begitu juga dengan suami, tiada yang beriya-iya.

“Cumanya tahun ini saya lebih teruja untuk anak bongsu, Ney Ney memandangkan dia pun sudah pandai berjalan. Lalu persiapan raya tu akan lebih fokus padanya dan Rayqal,” jelasnya lagi.

Terdahulu Nora ditemui media pada majlis berbuka puasa Astro di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Foto: Instagram Nora Danish

IKLAN