Penyanyi Elly Mazlein merumuskan segala konflik yang berlaku di antaranya bersama bekas suami, Azmi Hatta berhubung isu nafkah dan melawat anak kian menampakkan progres yang baik apabila pengarah tersebut hadir bersedirian sekitar satu jam untuk bertemu dan mengisi masa bersama anak mereka, Putri Sara Sefhia, dua tahun.

Kunjungan berkenaan yang berlaku beberapa hari lalu dilihat positif oleh Elly dan sekali gus memberi ruang buat keduanya untuk memberikan yang terbaik buat Sefhia.

IKLAN

Ketika dihubungi MH, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu merakamkan rasa syukur dan terima kasihnya buat Azmi kerana mempunyai inesiatif untuk bertemu anak mereka.

IKLAN

“Alhamdulillah dengan hadirnya Azmi ke rumah untuk bertemu anak, saya rasa itulah langkah sebaiknya. Itu yang saya mahukan. Jika daripada dulu dia hadir bersua dengan Sefhia, kemelut ini tidak akan berpanjangan.

 

“Yang saya asyik ‘pong pang’, dan pelbagai orang kata mengenai saya kononnya tak boleh move on, nak berebut laki, cemburu dan sebagainya, itu tidak berlaku. Sebaliknya, saya buat itu semua untuk anak,” katanya yang turut mendedahkan, isunya bersama Azmi sudah lama habis dan mereka sudah pun reda terhadap apa yang berlaku. 

Pada masa sama, hos program Mentor Otai itu juga sekali lagi menegaskan, puteri tunggalnya itu perlukan juga kasih sayang seorang bapa dan bersyukur kerana semuanya kembali baik.

IKLAN

“Sefhia perlukan kasih saya seorang bapa dan alhamdulillah, setelah sekian lama saya bersyukur kerana kami dapat selesaikan masalah ini. Harap Azmi dapat membayar nafkah dan melawat anak. Itu saja, saya tak minta banyak pun.

 

“Saya yang rumuskan benda ni sudah selesai. Apabila Azmi hadir dan jenguk anak, itulah yang saya mahukan selama ini. Saya berterima kasih kerana dia sudi hadir sekali gus menyelesaikan semua masalah yang ada. Tidak mengapalah, saya sudah tak mahu cerita hal lepas. Mahu kongsi hal yang baik-baik dan manis-manis saja.

 

“Sebelum ini saya terpaksa gunakan cara yang agak ‘keras’ supaya dia sedar, dia ada anak dan bila dia sudi jenguk, harapnya ia akan kekal sampai bila-bila,” kongsi Elly yang turut memberitahu, pintu rumahnya terbuka buat pasangan berkenaan andai selepas ini mereka sudi lagi untuk isi masa bersama Sefhia. 

Ditanya mengenai sejauh mana keserasian di antara Azmi dan Sefhia apabila sekian lama tidak bersua, Elly memberitahu pada peringkat awal, reaksi anak mereka agak janggal.

“Pada mulanya, Sefhia agak kekok, dia panggil bapanya ‘uncle’ dan saya cakap, dengar kan dia panggil uncle. Selepas ini harap datang kerap sikit untuk buatkan Sefhia terbiasa. Rasanya selepas ini, andai Azmi kerap datang melawat, insyaAllah semuanya okay,” akhiri Elly. 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI