Bayangkan bagaimana rasanya apabila kita menerima tetamu yang tidak diundang? Menakutkan bukan?

Itulah yang terjadi pada penerbit terkenal, Raja Azmi baru-baru ini.

Menerusi akaun Instagram miliknya, dia telah berkongsi bahawa tetamu yang tak diundang itu adalah seekor anak ular senduk.

Namun begitu dia bersyukur apabila pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dapat menangkap ular berbisa itu.

“Syukur..tetamu yg tak undang telah berjaya ditangkap oleh Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) anak Ular Senduk, walaupun kecil tapi merbahaya.. katanya berbisa dan boleh bawa maut pada yg dipatuk,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rumah Raja Azmi Terima Tetamu Tak Diundang

Rumah Raja Azmi Terima Tetamu Tak Diundang

IKLAN

Rumah Raja Azmi Terima Tetamu Tak Diundang

Rumah Raja Azmi Terima Tetamu Tak Diundang

Rata-rata pengikut Raja Azmi di laman sosial itu turut menarik nafas lega apabila haiwan berbisa itu dapat ditangkap dan meminta agar penerbit itu lebih berhati-hati kerana risau ia akan kembali lagi.

cikyat: alhamdulillah… kak mi, jaga2… haih..

IKLAN

feilongterritory: kak mie… @linzohana cakap kalau ada anak, pasti ada mak dia.. bapak dia.. sepupu sbelah mak dia.. kena hati hati @rajaazmi

shazarina22: alhamdulillah dh settle

aydaawall: Bila tgok anak ular jadi rsau kan kakmi..takut ada ibu dia …hati2 kakmi.. sntiasa alert..sama ngan umah eda.. mcm musim.stiap bulan msti masuk.. @rajaazmi

IKLAN

Menurut satu sumber, ular tersebut ditemui di kawasan belakang rumah oleh pembantu rumahnya yang keluar untuk menyidai pakaian.

“Terkejut dan panik apabila pembantu rumah tiba-tiba menjerit selepas melihat seekor ular tedung memasuki rumah saya menerusi pintu belakang.

 

“Mungkin juga banyak barang lama yang diletakkan di belakang rumah membuatkan dia menyorok di situ ditambah pula musim hujan sekarang,” ujarnya kepada Mstar Online

Tambahnya lagi, ular tersebut berjaya ditangkap selepas hampir setengah jam pencarian.

Mujur tetamu tak diundang itu dapat ditangkap dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Kepada anda semua, di musim hujan ini MH Online harap anda semua lebih berhati-hati ketika berada di mana-mana walaupun berada di rumah.

Sumber: Instagram Raja Azmi & Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI