Walaupun sudah lebih lapan tahun menetap di kediaman mewah miliknya, namun rumah agam milik usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri masih tetap menjadi sorotan warganet. 

Lebih-lebih lagi bila bapa kepada enam cahaya mata itu mendedahkan, dia perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan untuk menampung pelbagai komitmen tetap berkaitan kediamannya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor itu.

Tambah Aliff, jumlah tersebut merangkumi kos bil elektrik, penyelenggaraan kolam renang serta bayaran gaji kepada 12 orang pekerja, termasuk pembantu rumah, tukang kebun dan pengawal keselamatan.

Ketahui 10 fakta menarik mengenai rumah agam milik Aliff, berdasarkan pendedahan terbaharunya ini;

Komitmen Bulanan Tinggi

Aliff memperuntukkan sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan untuk menampung kos penyelenggaraan rumah agamnya.

Saiz & Struktur Rumah

Rumah tersebut berkeluasan 28,000 kaki persegi dengan 28 bilik, namun hampir 70 peratus daripadanya tidak digunakan bagi menjimatkan kos.

Kos Penyelenggaraan

Ads

Antara kos utama adalah untuk bil elektrik, selenggara kolam renang, gaji 12 orang pekerja termasuk pembantu rumah, pembantu peribadi dan pengawal keselamatan.

Melibatkan Empat Lot Banglo

Kediamannya terdiri daripada empat lot banglo yang dijadikan tempat tinggal bersama keluarga.

Ubah Suai Bernilai Jutaan Ringgit

Sejak mendiami rumah tersebut hampir lapan tahun lalu, lebih RM3 juta telah dibelanjakan untuk kerja-kerja baik pulih seperti lampu, paip, tandas, dan mozek.

Ads

Kos Mengecat Rumah Cecah RM300,000

Aliff berkongsi bahawa hanya untuk mengecat rumah tersebut sudah menelan kos RM300,000.

Bulanan Penyelenggaraan Mencecah RM500,000

Setiap bulan, Aliff perlu menyediakan antara RM300,000 hingga RM500,000 untuk pelbagai kos penyelenggaraan dan pembaikan rumah.

Perasaan Diami Rumah Terlalu Besar

Ads

Jika diberi pilihan semula, Aliff lebih rela memiliki rumah yang lebih kecil kerana tidak menyangka komitmen besar yang perlu ditanggung.

Kesedaran Selepas Memiliki

Dahulu beliau menyangka rumah besar boleh menjadi simbol kejayaan, namun selepas memilikinya, barulah sedar beban yang datang bersama.

Pesanan Buat Anak Muda

Aliff menasihatkan generasi muda agar tidak hanya memikirkan harga rumah, tetapi turut mengambil kira kos penyelenggaraan jangka panjang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI