Walaupun pernah digosipkan bersama dan menafikannya, namun kedua pelakon yang namanya kian naik ini terus dikaitkan bersama.
Pernah memaklumkan pada media bakal menamatkan zaman bujang tahun hadapan, Azrel memberitahu mungkin akan menangguhkan perkahwinan untuk beberapa tahun akan datang atas beberapa sebab .
Dia juga berkata ia bergantung pada jodoh. Dalam masa yang sama, Azrel mengaku Ruhainies punyai ciri-ciri calon isteri yang diidamkannya.
Menerusi satu temu bual bersama The Malay Mail, pelakon berkumis dan tinggi lampai itu berkata dia sedang dalam proses mencari calon yang terbaik.
“Saya kata mungkin tahun depan tetapi belum pasti. Kalau ada rezeki insya Allah secepat mungkin tahundepan. Kalau masih tiada jodoh, tunggulah tidak tahutahun bila. Calonnya banyak tetapi sudah tentulahuntuk calon isteri, saya mencari yang terbaik,” katanya.
Malah, lebih suspen apabila dia mengaku Ruhainies tersenarai dalam salah seorang calon isterinya.
Tidak menolak jika benar dijodohkan bersama, dirinya juga yakin pelakon wanita tersebut juga ada rasa yang sama dan tidak menolak segala kemungkinan.
“Ruhainies seorang wanita yang baik. Kami memang berkawan rapat. Mungkin daripada kawan akan ke peringkat seterusnya. Insya Allah. Tidak tahu lagi. Ruhainies ada dalam salah seorang senarai calon saya. Ruhainies pun tiada masalah. Segalanya masih terbuka kerana sesiapa saja boleh menjadi isteri saya. Belum ada yang spesifik tetapi bayang-bayangnya sudah ada. Siapa lagi belum tahu,” jelasnya.
Ehemmm, kalau masing-masing tidak menolak, apa salahnya kan?
Apa pun Jom kita sentiasa doakan yang terbaik buatmereka berdua dan sekirannya benar jangan ditangguh-tangguhkan lagi penantian ini.
SUMBER : The Malay Mail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI