Selebriti popular, Ziana Zain mendedahkan dia sudah lama memaafkan bekas suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 58, selepas mereka berpisah sejak lima tahun lalu.
Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, 54, berkata dia juga tidak akan sesekali menjarakkan hubungan Armin bersama empat anak mereka.
“Macam inilah… saya sudah lama maafkan dia (bekas suami). Sebab saya ambil contoh ibu saya. Katanya apa yang orang pada kita sentiasalah memaafkan nak. Nanti (kalau tak memaafkan) akan terbawa-bawa lagi. Nanti ‘bahu kita banyak bawa’. Sebabnya kita pun tak tahu diri kita ni bagaimana.
“Bagi saya, kita kena jadi seorang individu yang sentiasa memaafkan. Ahli agama pun sentiasa berpesan sebelum tidur maafkanlah semua orang. Kita pun tidak sempuna. Bagi saya bila berbuat begitu, kita akan rasa lega.
“Misal contoh kita tidak ada hutang dengan orang. Jadi lebih baik untuk kita jalani kehidupan yang ada sekarang,” katanya kepada MH.
Ziana ditemui pada Majlis Iftar Rizman Ruzaini di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Penyanyi lagu Puncak Kasih itu juga terbuka sekiranya bekas suami dan anak-anak berjumpa kerana baginya, Armin tetap bapa kepada mereka.
“Dengan saya, kami sudah tiada apa-apa, jadi hubungan dengan anak-anak sajalah. Setiap minggu saya selalu tanya mereka sama ada sudah telefon ayah, kerana walau apa jadi dia tetap ayah mereka.
“Mereka selalu jumpa dengan ayah mereka. Saya tidak halang. Cuba kalau orang tak bagi kita jumpa anak-anak kita, mesti kita marah. Tak baik, berdosa,” katanya lagi.
Tambah Ziana, tindakan tersebut dilakukan kerana niatnya tidak mahu anak-anak membesar sebagai anak yang derhaka pada orang tua.
“Saya tak mahu anak-anak saya derhaka pada ibu bapanya. Kita ini contoh pada mereka, jadi kita jangan tanamkan kata-kata negatif dalam fikiran anak-anak kita terhadap bapa mereka.
“Saya mahu anak-anak saya esok jadi suami dan isteri yang baik. Kalau boleh perkahwinan mereka berkekalan sampai akhir hayat.
“Jadi saya tiada hal. Saya pula yang bertanya pada mereka ada berjumpa atau tidak. Saya tak mahu regangkan hubungan anak dengan bapa. Jangan kita pisahkan kasih sayang mereka. Itu adalah anak-anak dia. Ya, saya sudah lepas. Cukup,” katanya.
Pada masa sama, Ziana juga bersyukur dengan kehidupan sekarang dan mahu terus berlapang dada.
“Saya tak nak cakap besar, saya gembira dengan situasi sekarang bersama anak-anak, ibu bapa dan adik beradik serta rakan-rakan saya. Masa akan datang, allahualam.
“Saya selalu minta pada Allah yang baik-baik untuk saya, dalam apa bentuk kita tak tahu. Sekarang saya selesa dengan diri saya. Saya lapang,” katanya lagi.
Imbas kembali, Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.
Mereka bercerai dengan talak satu pada 12 Julai 20128.
Dalam perkembangan lain, Ziana bakal membuat persembahan pada Konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik PETRONAS pada 6 Mei depan di samping barisan bintang legenda seni suara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof berkata dia bersedia untuk bersemuka dengan pelakon Datuk Aaron Aziz bagi menyelesaikan kemelut yang melanda di antara mereka berdua.
Menurut Syamsul, 39, dia enggan memberi komen lanjut kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
“Saya tiada masalah untuk berjumpa (Aaron Aziz). Saya pun enggan komen panjang isu ini.
“Kalau saling berbalas komen, isu ini tidak akan habis,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai adakah semua isu dan kemelut yang melanda dirinya kini termasuk hal pergolakan rumah tangga mengganggunya dalam memberi tumpuan terhadap kerja, Syamsul menjelaskan buat masa ini dia mengambil kesempatan berehat di bulan Ramadan daripada terlibat dalam sebarang penggambaran filem.
“Apabila berlaku begini, berdepan dengan pelbagai ujian, saya okey sahaja.. Alhamdulillah.
“Ia juga tidak menjejaskan kerja saya di lokasi penggambaran cuma sekarang kita sedang berpuasa, jadi saya ambil masa berehat.
“Apa yang jadi dalam kehidupan ini saya reflek balik untuk muhasabah diri.
“Kita tak tahu mungkin kita rasa apa yang terbaik untuk kita, tetapi Allah Maha Mengetahui.. hanya mampu bersangka baik,” katanya lagi.
Terdahulu, isu di antara Syamsul dan Aaron mula hangat diperkatakan selepas pelakon kelahiran Singapura itu mendakwa namanya digugurkan daripada senarai pelakon filem The Original Gangster.
Syamsul menerusi sidang media pada dua minggu lalu menjelaskan Aaron terpaksa digugurkan berikutan masalah kesihatan selain faktor umur dan berat badan pelakon tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sambutan 1 Syawal disambut meriah dengan seisi keluarga dan sanak saudara pada Sabtu.
Selain pelbagai juadah enak yang dihidangkan, antara aktiviti wajib ialah bergambar OOTD (outfit of the day) raya.
Yang pastinya, gaya para selebriti tempatan cukup dinantikan ramai peminat setia mereka menerusi perkongsian foto hari lebaran di laman Instagram masing-masing.
Menerusi pemerhatian, kebanyakan selebriti tampil bergaya dengan warna hitam sedondon dengan ahli keluarga.
Antara selebriti yang memilih rona hitam ialah Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama dua anak perempuan mereka, Lara Alana dan Lila Amina.
Rata-rata menyukai baju kebaya moden digayakan Scha yang merupakan hasil tangan pereka fesyen Adila Long.
Selain Awal dan Scha, rona hitam yang sering dikaitkan sebagai warna klasik dan menawan itu turut menjadi pilihan selebriti versatil Alif Satar yang tampil bergaya bersama isteri, Shadila Halid dan tiga anak mereka, Alisha, Arianna dan ‘Ali.
Aktor Beto Kusyairy turut memilih hitam dipadankan bersama isteri, Tisha Shahar.
Beto turut mengatakan sambutan lebaran tahun ini tidak akan sama seperti tahun-tahun sebelumnya selepas isterinya kehilangan bapa tercinta, Shahar Abd Hamid, dua bulan sebelum kedatangan Syawal.
“Tahun ini sambutan lebaran tidak semeriah seperti sebelum ini. Isteri saya baharu kehilangan bapanya dua bulan lalu.
“Walau apapun, kami ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf zahir dan batin. Al-Fatihah buat papa, Shahar Abd Hamid. We miss you so much,” tulis Beto.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melancarkan secara rasmi filem pendek Aidilfitri 2026 berjudul ‘Tak Terjawab’.
Walaupun filem ini menyampaikan naratif yang menyentuh...