Susulan isu membabitkan waktu kerja pemain industri seni lakonan yang dikatakan ada mencecah sehingga 20 jam sehari, pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor turut berkongsi pandangannya mengenai perkara tersebut.
Menurut Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin, 56, selaku penerbit dia sudah lama mengamalkan tempoh waktu bekerja paling maksimum selama 12 jam sehari sahaja.
Mempunyai syarikat penerbitan, Suhan Movies yang ditubuhkannya sejak 20 tahun lalu, Rosyam berkata tempoh masa lebih 20 jam sehari sudah tidak bersesuaian kerana setiap manusia mempunyai limitasi selain perlukan waktu rehat yang mencukupi agar kekal bertenaga di set penggambaran.
“Saya pernah kerja 48 jam tanpa henti tapi tak bising pun… Tapi itu dulu.
“Untuk perubahan industri itu, saya rasa dah kena hadkanlah, bukan 20 jam dah lah. Zaman dah berubah.
“Kalau (syarikat produksi) saya, paling lambat pun 12 jam. Kalau dah lebih 13, 14 jam, memang saya dah bising dah,” katanya kepada MH.
Rosyam ditemui pada majlis penerimaan Anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) – First 24 Hours Upscale Wholesale Market dan pelancaran jualan gudang ST Rosyam Mart di cawangan Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rosyam berkata hal ini boleh diselesaikan dengan mengambil kira toleransi daripada kedua-dua pihak iaitu pelakon dan juga syarikat produksi.
“Mungkin ada sebablah 20 jam itu, mungkin nak habiskan ke (waktu penggambaran)… saya tak tahu sebab saya tiada dalam situasi itu, saya tak boleh komen banyak.
“Tapi kalau boleh janganlah buat sampai 20 jam, tak laratkan. Ini atas dasar kehendak, persetujuan kedua belah pihak, kalau rasa dia (pelakon) tak boleh buat macam itu, baliklah.
“Zaman saya dulu lain, zaman susah… boleh kerja 48 jam, tiada gaji tambah pun tapi kami happy sahaja,” katanya lagi.
Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa tidak puas hati apabila pelakon didakwa terpaksa bekerja selama 20 jam kerana ada segelintir produksi mahu menjimatkan kos penerbitan drama atau filem.
Sementara itu, Rosyam melihat pengiktirafan daripada MBOR sebagai satu pembakar semangat buat ST Rosyam Mart terus berkembang maju dan telah menetapkan misi untuk mendirikan lagi 15 buah pasar raya di sekitar Lembah Klang menjelang penghujung tahun 2023.
“Setakat ini kami sudah mempunyai lima ST Rosyam Mart dan InsyaAllah pada hujung tahun ini, misi kami untuk mempunyai 20 cawangan di sekitar Lembah Klang.
“Bersempena penganugerahan daripada Malaysia Book of Records ini juga, pihak kami menganjurkan jualan gudang selama tiga hari di ST Rosyam Mart cawangan Shah Alam, yang mana menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus untuk barangan terpilih,” kata Rosyam lagi.
Untuk makluman, cawangan pertama ST Rosyam Mart terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur yang dibuka pada 1 June 2018.
Setakat ini, ia sudah mempunyai empat cawangan lain iaitu di Shah Alam, Sungai Buloh, Taipan dan USJ 9, Subang Jaya.
Cawangan terbaharu bakal dibuka di Taman Ehsan, Kepong pada 1 Februari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, Datuk Norman Abdul Halim ada mengimbau memori peminat apabila memuat naik cover album debut kumpulan KRU, Canggih yang dilancarkan kira-kira 27 tahun lalu.
Berkongsi menerusi entri terkini di Instagram, Norman, 49, di ruangan kapsyen turut mendedahkan kisah menarik di balik album pertama trio adik-beradik itu.
“Album pertama KRU 27 tahun lalu. Pada mulanya, 9 dari 10 lagu dari album ini diharamkan di radio.
”Hanya lagu “Sekali Lagi (Gadisku)” yang mendapat kelulusan pihak RTM. Ketika itu ERA atau Hot FM tidak wujud lagi. Hanya ada radio RTM.
”Walaubagaimanapun video muzik lagu “2020” mendapat siaran meluas TV1 & TV2. Hit single “Hanya Kau” & “Cherrina” juga mendapat tempat selepas KRU membuat sedikit perubahan kepada lirik lagu.
”Album “Canggih” boleh didapati di www.kru2u.com @kru2u.originals,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata peminat terkenang kisah lalu dan ada yang turut berkongsi perihal pengalaman masing-masing yang meminat KRU sedari awal.
Foto: Instagram Norman Abdul Halim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa ada menyuarakan rasa kesal apabila pengurusan sekolah anak sulungnya, Muhammad Bilal tidak membenarkan ibu bapa mengakses rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau anak-anak mereka.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Neelofa menjelaskan dia sebenarnya trauma selepas melihat banyak tragedi melibatkan anak kecil di taska yang tular di media sosial.
“Saya tahu perkara tersebut telah mencetuskan perdebatan di media sosial. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Apa yang saya luahkan itu hanyalah perkongsian daripada seorang ibu. Sama seperti ibu-ibu lain di luar sana.
“Walaupun bergelar selebriti, namum, apabila berkait soal keibubapaan, saya juga sama seperti anda semua. Saya hanya mahukan anak saya selamat.
“Sejak akhir-akhir ini, kita sangat trauma selepas melihat banyak video viral mengenai anak kecil di taska.
“Kalau lalu di media sosial, saya tak sanggup nak tengok. Saya minta agar perkara seperti itu dijauhkan daripada kita semua,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu berkata sedemikian ketika ditemui majlis perlancaran produk Nealofar X Disney yang berlangsung di IOI Putrajaya pada Khamis.
Jelas Neelofa lagi, pihak taksa sepatutnya melihat perkara ini sebagai salah satu daya penarik sekiranya mereka menyediakan kemudahan tersebut
“Apa yang saya suarakan itu, walaupun ada yang boleh terima dan tidak, sepatutnya cctv itu boleh menjadi selling point dari sudut pandang pihak taska.
“Mereka boleh tawarkan kemudahan cctv itu untuk menarik perhatian lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke taska tersebut,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Neelofa turut menafikan dirinya terlalu ‘demanding’ sebaliknya dia merasaka akses terhadap cctv ini sepatutnya dinormalisasikan.
“Saya bukan nak bangkitkan isu ada duit baru boleh ada akses cctv. Tidak. Cctv ini sepatutnya dinormalisasikan. Ia merupakan kemudahan yang sepatutnya ada.
“Namun, tetap harus disertakan dengan terma dan syarat. Tak boleh tengok sesuka hati
“Andai kata ibu bapa punyai akses cctv di taska, ibu bapa tidak akan sewenang-wenangnya menunding jari kepada pihak-pihak taska. Mereka juga tidak akan pening kepala,” katanya lagi.
Sementara itu, Neelofa akui teruja apabila jenama fesyen miliknya dapat sekali lagi berkolaborasi dengan syarikat animasi popular dunia, Disney.
Menurut Neelofa, sejak kecil, dia amat meminati permaisuri-permaisuri di dalam filem-filem animasi Disney dan menyifatkan kolaborasi ini ibarat mimpi jadi kenyataan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof memilih untuk menyelesaikan isu kekeluargaan sesama anggota keluarga, tanpa melihatkan mana-mana pihak luar.
Syamsul mengulas mengenai hal itu sebagai menjawab...