Pelakon dan penerbit popular, Datuk Rosyam Nor tidak lama lagi akan membuka sebuah pasar raya pada bulan Februari nanti.

Menurut Rosyam menerusi satu sumber memberitahu bahawa ideanya untuk membuka sebuah pasar raya tercetus sejak dua tahun yang lalu.

“Insya-Allah, awal bulan Februari ini saya akan melancarkan sebuah pasar raya dengan nama ST Rosyam Mart di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

 

“Setakat ini kami sedang menjalankan kerja renovasi di peringkat akhir sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

 

“Sebenarnya saya sukar mencari sebuah pasar raya yang persekitarannya bersih, cantik, kualiti barangan yang segar serta tawaran harga berpatutan. Justeru, saya nekad mengusahakan sebuah pasar raya borong yang berpangkalan di Setiawangsa untuk cawangan pertama ini,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah pelakon dan penerbit ini lagi, nama pasar rayanya ini diambil bersempena usaha samanya dengan syarikat Sri Ternak.

IKLAN

“ST Rosyam Mart bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang tidak pernah diwujudkan oleh mana-mana pasar raya lain di Malaysia.

 

“Saya yakin pengunjung akan berpuas hati dengan konsep pasar raya ini dan boleh mendapati pelbagai barangan keperluan sama ada barang kering dan basah di sini dengan harga yang berpatutan,” katanya.

MH juga sempat meninjau akaun instagram pasar raya yang bakal dibuka oleh Rosyam ini dan di situ, MH terlihat satu video perkongsian rosyam yang mengatakan sepatutnya pasar raya itu telah beroperasi pada 1 Disember 2017 yang lalu namun terpaksa ditunda kerana ada beberapa perkara teknikal dan renovasi pada pasar raya tersebut yang masih belum selesai.

IKLAN

Dukacita dimaklumkan bahawa pembukaan ST ROSYAM MART SDN BHD yang diumumkan akan mula beroperasi pada 1 DECEMBER 2017, ditangguhkan atas faktor-faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pemilihan tarikh baru akan dimaklumkan nanti. Kami bagi pihak STRM memohon maaf atas kesulitan ini. Sekian, harap maklum. We regret to inform that the opening of ST ROSYAM MART SDN BHD. that was announced to be opened on 1/12/2017 has postponed due to some technical factors that cannot be avoid. Selection of a new opening date will be announced later. On behalf of STRM, we apologize for any inconvenience caused. Thank you. HAVE A NICE DAY! Repost from @iamrosyam Mohon maaf pelancaran pasaraya harga borong saya ditangguhkan ke tarikh yang saya akan umumkan kelak. Sorry ?????? ya. Sabar ya nak ayam harga RM 1 kan

A post shared by ST Rosyam Mart (@strosyammart) on

IKLAN

Apapun MH doakan agar segala urusan Rosyam untuk membuka pasar raya tersebut berjalan lancar.

Sumber: Harian Metro & Instagram ST Rosyam Mart

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI