Tahniah MH Online ucapkan buat pemain gitar kumpulan Kristal, Rody yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan pada Sabtu lalu bersama gadis pilihan hatinya, Niena Azman.

Sempat kami menghubungi Rody untuk mengucapkan tahniah dan Rody memberitahu majlis tunang tersebut telah diadakan di Kulai, Johor dan tempoh pertunangan adalah selama 6 bulan.

“Majlis tunang diadakan hari Sabtu lepas dekat Kulai dan perancangan untuk tamatkan zaman bujang InsyaALLAH April sebab ikat 6 bulan sahaja,” ujarnya.

Rody memberitahu lagi dia dan Niena yang merupakan penjaga gol futsal wanita negara ini telah berkenalan hampir 6 bulan sebelum membuat keputusan untuk bertunang.

IKLAN

“Dah berkenalan hampir 6 bulan dan lepas itu kami decide untuk bertunang,” ujarnya lagi.

Pemain gitar ini juga menceritakan bagaimana dia berkenalan dan mula jatuh cinta dengan penjaga gol wanita itu.

“Mula-mula kenal dekat Instagram je, kenal daripada kawan-kawan juga tengok Instagram kawan.

 

“Lepas tu saya follow dia dan bila dah follow saya tengok dia follow saya balik. Selepas tu saya mula selalu DM (Direct message) dengan dia.

 

“Nak mintak nombor telefon tapi tak dapat sebab dia nak jumpa dulu baru boleh bagi walaupun saya dah bagi nombor telefon saya tapi dia tetap DM juga. Dalam sebulan juga la kami berbual melalui DM.

 

“Sampai dia dah percaya barulah dia nak jumpa saya, bila saya ajak jumpa. Masa dah jumpa saya suruh dia misscall sebab nak dapat nombor. Saya mula jatuh cinta selepas sebulan berkenalan,” ujar Rody kepada MH Online.

Menurut Rody lagi, apa yang membuatkan dia suka dengan Niena adalah kerana, gadis ini mempunyai sifat yang mudah mesra dengan semua orang terutama keluarga Rody sendiri dan itu membuatkan keluarga Rody juga turut menyukai Niena.

IKLAN

Tambah Rody lagi, sifat Niena yang rajin dan suka memasak juga merupakan salah satu ciri yang disukainya.

IKLAN

Ditanya pula adakah Rody akan menghalang kerjaya Niena sebagai penjaga gol selepas kahwin atau tidak dan Rody menjawab dia tidak akan menghalang.

“Kalau dah kahwin saya tak kisah dia nak main bola, janji dia dapat bahagikan masa untuk keluarga pun dah ok. Kalau dia mengandung sekalipun dan dia nak buat coaching saya tetap benarkan, janji dia jaga diri dia,” katanya lagi.

Kami di MH Online mendoakan agar hubungan yang terjalin oleh pasangan ini diberkati dan dan segala perancangan menuju hari bahagia dipermudahkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI