Pelakon, Andrea Abdullah mempertikaikan tindakan segelintir pihak sekolah yang mahu mengadakan majlis graduasi di hotel lima bintang sehingga mengenakan caj yang terlalu tinggi.

Menurut Andrea atau nama sebenarnya Nik Adrea Nik Abdullah, kos tersebut juga akan bertambah sekiranya para ibu bapa ingin turut hadir ke majlis berkenaan.

@adreaabdul Tak masuk akal! Seriously tidak adil! Korang setuju atau tidak untuk sekolah rendah & menengah adakan graduation lunch or dinner di hotel 4,5 star dan kenekan bayaran 150-200 setiap pelajar! Gile lah!#kementerianpendidikanmalaysia #trending #tren #celotehadrea #karut #takmasukakal #tidakadil ♬ original sound – Adrea Abdul

“Zaman sekarang punya trend, di mana pihak sekolah mengadakan majlis graduasi di hotel lima bintang.

“Para ibu bapa pula seolah-olah diwajibkan untuk membayar bagi anak mereka dalam lingkungan RM150 hingga RM200.

“RM15 hingga RM20 mungkin boleh diterima lagi dan itu pun untuk pelajar sahaja. Kalau ibu bapa nak datang, kena tambah lagi dalam RM150 untuk setiap seorang.

“Kalau jumlahkan semua, nak dekat RM500,” katanya.

IKLAN

Katanya lagi, hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan emosi para pelajar sekiranya ibu bapa mereka tidak hadir bagi meraikan momen berharga tersebut.

“RM500 Tu Bukan Macam Cabut Bulu Ketiak,” – Sekolah Buat Majlis Graduasi Di Hotel 5 Stars, Andrea Abdullah Luah Perasaan Ibu Bapa

“Takkanlah nak bayar untuk anak sahaja dan ibu bapa tak datang. Nanti apa pula orang kata. Tanya pula ‘Kenapa mak bapak dia tak datang? Kesian budak tu.’

“Pihak sekolah seakan mengugut emosi para pelajar ini,” ulasnya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon filem Blok 404 ini turut menyifatkan pihak sekolah seakan tidak memikirkan beban yang terpaksa ditanggung oleh para ibu bapa yang kurang berkemampuan.

“Kenapa kena buat di hotel lima bintang? Nak tunjuk sekolah kita ini daripada golongan berada ke dan nak menunjuk di media sosial?

“Kalian berfikir atau tidak? Tak semua ibu bapa mampu dan bekerja elok. Mak bapak juga ada yang anak ramai. Komitmen pun banyak. Mana boleh nak keluarkan RM200 macam tu sahaja?

Ia seakan menganiaya ibu bapa. Kalau tak bayar, kesian pada anak sebab orang lain pergi. Kemudian, buat group Whatsapp senaraikan pula nama ibu bapa yang tak bayar.

IKLAN

“RM500 Tu Bukan Macam Cabut Bulu Ketiak,” – Sekolah Buat Majlis Graduasi Di Hotel 5 Stars, Andrea Abdullah Luah Perasaan Ibu Bapa

“RM500 tu bukan datang daripada langit atau macam tarik bulu ketiak. Itu penat lelah. Duit tu boleh buat beli barang dapur dua bulan,” akhirinya.

Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir 900,000 tontonan di Tik Tok.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut selain turut berharap agar pihak sekolah lebih berfikir panjang sebelum membuat sebarang keputusan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Andrea Abdullah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI