Pengarah, Adrian Teh mendedahkan filem terbaru arahannya yang berjudul Malbatt Misi Bakara telah menelan belanja sebanyak RM20 juta sekali gus mencatatkan sejarah sebagai filem termahal negara setakat ini.

Menurut Adrian, meskipun bajetnya kedengaran agak besar, namun dia merasakan jumlah tersebut adalah wajar lebih-lebih lagi untuk menghasilkan filem bergenre seperti ini.

“RM20 Juta Masih Tak Cukup,”- Malbatt Misi Bakara Catat Sejarah Filem Termahal, Harapan Penerbit Buat Adrian Teh Pening Kepala

“Filem ini mendapat dana berjumlah RM20 juta. Terima kasih saya ucapkan buat Tan Sri Vincent Tan dan para pelabur lain. Namun, ini bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Kalau buat filem mahal tapi tidak mencapai tahap box office tak guna juga.

“Ia memang agak mencabar tapi pada pendapat saya, kalau nak menghasilkan filem sebegini, inilah bajetnya. Kalau anda tanya saya, RM20 juta itu masih tak cukup.

“Kami kena menempah khas bagi peralatan tentera termasuk uniform. Pakaian sahaja dah mencecah ratusan ribu. Kami juga kena bina aset-aset tentera,” katanya kepada MH.

Adrian berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Malbatt Misi Bakara yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur pada Sabtu.

IKLAN

“RM20 Juta Masih Tak Cukup,”- Malbatt Misi Bakara Catat Sejarah Filem Termahal, Harapan Penerbit Buat Adrian Teh Pening Kepala

Dalam pada itu, Adrian turut mengakui dia agak tertekan lebih-lebih selepas mendengar ucapan daripada penerbit Berjaya Pictures, Tan Sri Vincent Tan yang berseloroh mengharapkan filem ini bakal mendapat pulangan yang baik.

“Sudah tentu saya agak tertekan. Walaupun saya tahu niatnya hanya bergurau tapi dia ada hak untuk berbuat sedemikian dan pastikan filem ini mendapatkan untung.

“Buat masa sekarang, tiada apa yang boleh saya buat untuk meyakinkan dia kerana saya pun baru sahaja memula proses post-production. Saya harap proses post-production ini dapat berjalan dengan lancar.

IKLAN

“Harapnya bila filem ini siap tahun hadapan, dengan teknik pemasaran yang betul dan sokongan daripada pihak penerbit, saya percaya filem ini mampu mencapai jumlah kutipan box-office yang bagus,” ujarnya lagi.

Malbatt Misi Bakara mendapat sokongan penuh daripada pihak Tentera Darat Malaysia dengan kerjasama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.

Selain Tan Sri Vincent Tan, antara yang turut sama hadir ke majlis ini termasuklah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain.

Filem ini mengangkat kisah benar tentang operasi untuk membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam peperangan saudara di Somalia.

IKLAN

Malbatt Misi Bakara menjalani penggambaran di tiga buah lokasi utama iaitu Turki, Johor dan Lembah Klang.

Kisah ini juga pernah diketengahkan di dalam filem Hollywood iaitu Black Hawk Down.

“RM20 Juta Masih Tak Cukup,”- Malbatt Misi Bakara Catat Sejarah Filem Termahal, Harapan Penerbit Buat Adrian Teh Pening Kepala “RM20 Juta Masih Tak Cukup,”- Malbatt Misi Bakara Catat Sejarah Filem Termahal, Harapan Penerbit Buat Adrian Teh Pening Kepala

Namun, kali ini para penonton berpeluang untuk mengetahui naratif tentang malam kejadian tersebut dan mengenali siapakah wira yang sebenar.

Filem ini menghimpun pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI