Kadar kemiskinan di negara ini menunjukkan angka peningkatan akibat ramai kalangan rakyat mengalami kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji daripada majikan kesan daripada pandemik Covid-19.

Atas rasa tanggungjawab, pertubuhan  bukan kerajaan (NGO) Yayasan Maghfirah sekali lagi tampil membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran. 

Menurut Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Noruddin, usaha itu adalah menerusi kempen Raikan Ramadan yang dianjurkan yayasan yang menyaksikan sasaran pada tahun ini adalah sebanyak RM5 juta.

“Alhamdulillah dengan sumbangan orang ramai, pada Ramadan yang lepas, Yayasan Maghfirah telah berjaya mengagihkan bantuan Ramadan sebanyak RM1.2 juta kepada golongan asnaf.

“Mereka terdiri dari penduduk di 15 buah Projek Perumahan Rakyat  (PPR) sekitar lembah Klang, pusat perlindungan dan kebajikan, para petugas barisan hadapan, rumah anak-anak yatim, pusat-pusat tahfiz dan lain-lain dengan anggaran lebih 35,000 orang penerima manfaat.

IKLAN

“Hari ini, Yayasan Maghfirah sekali lagi melancarkan Kempen Raikan Ramadan dengan mensasarkan pengumpulan dana sebanyak RM 5 juta.

“Kempen ini membuka ruang dan peluang kebaikan merebut keberkatan Ramadan kepada masyarakat Malaysia untuk berkongsi rezeki bersama keluarga asnaf dan golongan yang memerlukan di luar sana,” katanya.

Selain itu, katanya, yayasan juga merancang untuk mengagihkan bantuan Ramadan tahun ini ke negara timur tengah seperti Mesir dan Lubnan.

IKLAN

“Daripada jumlah RM 5 juta yang disasarkan itu, sebanyak RM1.5 juta akan digunakan bagi membantu lebih 40,000 orang penerima manfaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

“Dana selebihnya akan diagihkan kepada yang layak pada bulan-bulan berikutnya sepanjang tahun 2022.

“Kami mengambil inisiatif memperkenalkan lima pakej yang ditawarkan bagi menjayakan Kempen Raikan Ramadan ini,” ujarnya.

IKLAN

Yayasan berkenaan turut bekerjasama dengan beberapa selebriti seperti Johan As’ari, Fedtri Yahya, Hafiz Hamidun dan Azmi Saat yang dilantik sebagai duta.

Lima inisiatif pakej tersebut adalah Kongsi Rezeki, Infaq Quran, Ramadan Timur Tengah, 30 Hari 30 Sedekah dan Cabaran 1000 Bulan.

Selain itu, sempena Ramadan kali ini, buat julung kalinya, Yayasan Maghfirah akan melaksanakan Majlis Amal Maghfirah yang bertujuan meraikan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan pelajar-pelajar kelas Sahabat Al-Quran.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI