Pelakon Raysha Rizrose teruja apabila disunting sebagai wajah utama (muse) bagi koleksi Rizman Ruzaini Bridal Ready to Wear: Ijab Kabul 2022/23.

Raysha, 26, berterima kasih kepada Rizman dan Ruzaini atas kepercayaan yang diberikan meski dia sendiri masih belum ada sebarang perancangan menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat.

Rizman Ruzaini Pilih Raysha Rizrose Sebagai ‘Wajah’ Koleksi Baju Kahwin; “Dia Sudah Naik Seri…” Rizman Ruzaini Pilih Raysha Rizrose Sebagai ‘Wajah’ Koleksi Baju Kahwin; “Dia Sudah Naik Seri…”

“Bila dapat tawaran daripada jenama ini saya sangat terharu sebenarnya. Tidak semestinya bila dipilih jadi ‘muse’ ia beri bayangan kita nak kahwin, betul tak?

“Apa pun doakan yang terbaik, insya-Allah. Tapi saya tidak menafikan tekanan bila nak berkahwin itu semakin menjadi-menjadi. Tarikhnya belum ada lagi, tapi ke arah itu.

“Malah sebelum ditawarkan jadi ‘muse’ pun, pereka pertama yang datang dalam fikiran saya ialah Rizman Ruzaini. Sebab saya percaya, berikan apa-apa konsep sama ada tradisional mahu pun moden, kita tak akan kecewa dengan sentuhan jenama ini,” katanya kepada MH.

Teruja dengan kolaborasi berkenaan, Rizman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini turut kagumi komitmen yang diberikan Juara Dewi Remaja 2015 itu.

Rizman dan Ruzaini bersama Raysha ditemui pada sesi Previu Rizman Ruzaini Bridal Ready to Wear: Ijab Kabul 2022/23 di Hotel Shangri La, baru-baru ini.

“Dia sudah naik seri… Masa kita lakukan penggambaran sebelum ini pun, setiap sudut gambar yang diambil terlihat cantik, berseri. Tapi kalau tiba hari bahagianya nanti, kita akan buat persalinan khas untuk dia.

IKLAN

“Kalau boleh saya kongsikan, kami rasa salah satu kejayaan Rizman Ruzaini ialah jenama ini meniadi pilihan hampir semua selebriti yang rapat dengan kami di negara ini.

“Persalinan kahwin pertama yang kami hasilkan ialah untuk Ning Baizura. Ketika itu kami baru tamat belajar. Jadi bila dapat peluang, sudah tentu kami cuba buat yang terbaik.

“Sebab kita tahu, bila melibatkan perkahwinan, ia sesuatu yang sentimental. Kata orang bila pelanggan mahu kami menjadi sebahagian daripada hari bahagia mereka, itu adalah kejayaan besar bagi kami,” katanya lagi.

Terdahulu, sebanyak 14 rekaan diperkenalkan, terumasuk rekaan klasik dan moden kontemporari.

Rizman Ruzaini Pilih Raysha Rizrose Sebagai ‘Wajah’ Koleksi Baju Kahwin; “Dia Sudah Naik Seri…” Rizman Ruzaini Pilih Raysha Rizrose Sebagai ‘Wajah’ Koleksi Baju Kahwin; “Dia Sudah Naik Seri…”

IKLAN

Artikel Berkaitan;

Tampilkan 50 Jelitawan Berarak Di Bukit Bintang, Rizman Ruzaini Sukses Cipta Sejarah; “Wajah Inilah Yang…”

“Kami Semua Sudah Berkeluarga Dan…,” – Didakwa Tak Rapat Macam Dulu Dengan Fazura? Rizman & Ruzaini Jelaskan Spekulasi

Fasha Sandha Puji Anak Sulung Rizman Nordin Comel, Allah Izinkan Jumpa – “Aunty Kenal Mommy Rizqaa Sejak Remaja.”

IKLAN

“Sejak bertapak 17 tahun lalu, pakaian pengantin sememangnya menjadi antara rekaan yang sinonim dengan jenama kami. Malah kebanyakan pelanggan awal kami juga terdiri daripada kalangan bakal pengantin.

“Tidak dinafikan, apabila melihat golongan selebriti dan orang ternama memilih jenama kami di hari perkahwinan mereka, ada antara orang ramai teringin untuk menyarungkan Rizman Ruzaini. Mereka terinspirasi.

“Namun, soal harga selalunya menjadi halangan dan kebanyakan mereka akan terus berkata ‘kami tak mampu’. Jadi kerana itulah munculnya RR Bridal RTW 2022/23 sebagai tanda kasih-sayang kami kepada mereka untuk tampil paling menawan pada harga mampu milik di hari bahagia nanti,” katanya.

Lebih menarik, kualiti koleksi ini dikekalkan pada tahap premium meski harganya mampu milik bermula daripada harga RM699 hingga RM1499.

Berita baik buat bakal pengantin, koleksi RR Bridal RTW 2022/23 ini turut menawarkan diskaun 25 peratus untuk setiap tempahan awal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI