“Rindu Nak Tengok Wayang Dan Pergi Masjid,” – Fasha Sandha

Share

Pelakon popular, Fasha Sandha akui rindu untuk menonton wayang selepas beberapa bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengekang wabak pandemik Covid-19.

Kongsi figura cantik itu, dia teruja apabila Facebook rasmi GSC Cinema memuat naik status terkini.

“I come with girlfriend/boyfriend, cannot sit together meh?”


“I come with my friend, can sit together ah?”
“From same house, cannot ah?”
“Can sit on my lap ah?”
HELLO. CANNOT,”tulis laman Facebook rasmi GSC Cinema.

Lantas, perkara itu telah menarik minat pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa untuk memberikan reaksi.

“Hello July!
Bismillahirahmanirahim July Please be nice to us…
Yeay hari ni dapat gambaq ni, rinduuuuu nak pegi cinema…

“Siapa rindu nak tengok wayang, rindu nak p masjid , macam kami?
Have a good day Kesayanganku,” tulisnya.

Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan untuk membenarkan penganjuran majlis sosial seperti majlis kenduri, majlis perkahwinan, majlis keagamaan, reunion dan majlis hari jadi adalah dibenarkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.

Bagaimanapun, penganjuran majlis sosial tersebut perlu dihadkan antara tiga hingga lima jam sahaja.

Mereka juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu memakai penutup hidung dan mulut, kerap mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.

Foto : Facebook GSC Cinema, Instagram Fasha Sandha

IKLAN