Filem Sebelum Iblis Menjemput arahan Timo Tjahjanto ternyata berjaya menjangkau standard tersendiri dalam genre filem edisi seram serantau.

Elemen seram yang ekstrem, nyata memberikan impak menakutkan yang tinggi buat para penonton, sekali gus memberikan reaksi positif di kalangan pencinta filem genre berkenaan.

[VIDEO] Sebelum Iblis Menjemput Yang ‘Bapak Seram’, Ini 5 Sebab Korang Wajib Tonton!

Jadi, ini antara sebab filem Sebelum Iblis Menjemput menjadi filem seram dari seberang yang wajib korang tonton!

IKLAN
  1. Elemen seram yang cuba ditonjol pengarah bukan hanya tertumpu kepada teknik ‘jump scared’ tetapi lebih kepada ritual pemujaan syaitan itu sendiri. Buat anda yang ingin mencabar sisi gelap keberanian anda, MH sarankan anda menonton filem ini.

[VIDEO] Sebelum Iblis Menjemput Yang ‘Bapak Seram’, Ini 5 Sebab Korang Wajib Tonton!

2. Kisahnya bermula apabila Maya (Pevita Pierce) menghubungi saudara tirinya, Alfie (Chelsea Islan), setelah ayah mereka Lesmana (Ray Sahetapy) jatuh sakit dan berada di dalam keadaan koma. Alfie kemudiannya pergi ke villa ayahnya yang dikhabarkan menyimpan 1001 rahsia mengenai perkara aneh yang menghantui keluarganya selama ini.

[VIDEO] Sebelum Iblis Menjemput Yang ‘Bapak Seram’, Ini 5 Sebab Korang Wajib Tonton!

IKLAN

3. Di kediaman itulah dia berjumpa dengan Maya yang datang bersama ibu, Laksmi (Karina Suwandi) serta dua saudara tirinya. Lantaran itu, kehadiran mereka bukan saja telah menemui petunjuk malah, kesemua mereka juga telah merungkai satu perkara yang selama ini sengaja disembunyikan oleh Lesmana. Lalu, ia membawa kepada sesuatu yang mengancam nyawa dan pengalaman mistik yang tidak tertanggung.

[VIDEO] Sebelum Iblis Menjemput Yang ‘Bapak Seram’, Ini 5 Sebab Korang Wajib Tonton!

IKLAN

4. Kesimpulannya, karya Timo Tjahjanto berjaya menghasilkan deretan elemen seram ‘keras’ serta dibantu lakonan hebat Chelsean Islan dan Pevita Pierce yang cemerlang.

5. Nah, ini dia antara pandangan penonton selepas menonton filem tersebut di malam galanya di negara ini, eksklusif bersama Media Hiburan. Kata mereka filem ini menarik, banyak terkejut dan ada semangat kekeluargaan yang kuat. Yang komen ‘apak seram’! pun ada.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI