Melihat keletah anak kecil yang sedang membesar adakalanya memang mencuit hati sebab terlalu banyak persoalan yang buat kita tergamam untuk menjawab. Biasalah sel-sel otak mereka sedang berhubung dan banyak perkara yang mereka ingin tahu.

Baru-baru ini pelakon lelaki popular, Zahiril Adzim ada berkongsi pengalaman lucu di akaun Instagramnya mengajar anak tunggalnya Anaqi tentang Tuhan.

Respon Anak Zahiril Bila Dididik Tentang Tuhan Cuit Hati Netizen

“Hari tu aku dengan Anaqi dalam kereta berdua otw balik rumah. Mommy takda. Macam biasa kiteorg bersembang lah. Dalam sembang – sembang dia sebut ‘oh my god’. Saja nak bukak topic sambil mendidik, aku mencelah.

 

“Anaqi, U always say ‘Oh My God’, do you know that u can also say Oh My Allah or Ya Allah?”

 

“Why?”, dia tanya.

 

“Because God is Allah, and Allah is God. Do u know who is God, who is Allah?”.

 

“Aku mula nak bertugas sebagai bapa contoh, cuba nak didik anak tentang Ketuhanan. Didik dari kecil, org kata.

 

“Who?”

 

“Okay, dah sampai masa. On the spot aku cuba ingat balik ayat – ayat yg selalu org pakai bila nak cerita tentang Tuhan dengan anak – anak. Ayat yang simple dan mudah difahami diaorg. Aku mula.

 

“Allah is the greatest, u know? Because He created me, He created U, He created the trees, and grass, the wind, water, fire”.

 

“Okay apa lagi? Aku nak tambah lagi example supaya dia amazed dengan Allah, jadi aku up sikit lagi.

 

“He created the sky, He created the stars, the moon, the earth, the whole planet, the whole universe! He created everything! He’s so great, right?”.

 

“Settle, cukup lah kot aku rasa. Paling simple. Takkan aku nak pergi deep lagi tentang Tauhid, tentang rahsia Allah, tentang zat Allah. Gila apa, dia baru 4 tahun. Aku sendiri pun tak habis ngaji lagi. Jadi cukuplah aku rasa. Bagi sikit – sikit yang simple macam ni. Dari masa ke semasa sampai besar, aku ajar lah lagi ikut pemahaman dia.

 

“Ok, aku seorang bapak yang sedang menjalankan tanggungjawab aku. Semoga dipermudahkan. Amin. Aku tengok muka dia yang semacam sedang berfikir. Deep.

 

.

 

“What about the chair?”

 

.

 

“Bai, aku dah sembang sampai bintang, sampai langit bai. Dia balik tanya pasal siapa buat kerusi??

 

#BapakKauTakkanGiveUp #TapiKenapaKerusi ? #SmarterThanDaddy,” tulis Zahiril berkongsi pengalaman lucu dia mendidik Anaqi untuk mengenal ALLAH SWT.

Aduhai kalau MH mendapat respon seperti ini dari anak kecil pun mungkin tergamam sekejap untuk menjawab.

IKLAN

Rata-rata peminat dan pengikut Zahiril tercuit hati dengan respon yang diberikan oleh Anaqi dan ada juga yang berkata selepas ini mungkin banyak lagi soalan yang mencabar akan diberikan oleh Anaqi kepada ayahnya.

zalielaaa: Lepas niee akan ada pertanyaan yang lebih mencabar , good boy dear anaqi ❤❤ .. be ready daddy @zahiriladzim mummy @sheraaiyob

IKLAN

schaqila_93: Hahaha tu tandanya dia memang ank yg cerdik bro @zahiriladzim . dia akan tnye benda yg dia rse xpasti. Ble bro dh jwb sape yg buat kerusi tu,nanti dia akan tanye lagi,why ,why why n why. Hehehe budak zaman skrg :*

srikandi_shada: Hahaha..clever boy..??

IKLAN

mimi.vitamincentre: Haha comel btul anaqi

Semoga Anaqi menjadi anak yang bijak pandai dan sentiasa taat dengan perintah ALLAH SWT dan kedua-dua ibu bapanya.

Sumber: Instagram Zahiril Adzim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI