Guru vokal dan pensyarah muzik terkenal, Datuk Syafinaz Selamat, sanggup melabur duit sendiri bagi menghasilkan lagu raya buat dua protegenya pada program Mentor musim ke-7 iaitu Lazarul, 28, dan Ranisha, 19.
Inesiatif tersebut dilakukan bintang senior ini bagi memastikan keduanya tidak terus terkapar-kapar seterusnya ‘hilang’ dari radar seni tempatan.
Sebagai permulaan, Syafinaz, Lazarul dan Ranisha memilih untuk muncul menerusi lagu raya berjudul RahmatNya ciptaan Ku Sham dan lirik oleh Zaira yang dilancarkan, baru-baru ini.
Menariknya, RahmatNya menjadi lagu raya pertama Datuk Syafinaz yang dirakamkan sejak bergelar penyanyi kira-kira 30 tahun lalu.
“Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir merakamkan lagu raya selama bergelar penyanyi, tetapi keinginan mula timbul sejak dua tiga tahun lepas.
“Saya masih ingat, hati tergerak merakamkan lagu raya selepas terjaga daripada tidur seminggu sebelum Ramadan. Saya terus menghubungi Lazarul dan Ranisha untuk memberitahu berita baik ini.
Ads
“Sebagai mentor, saya bertanggungjawab terhadap mereka. Saya membawa mereka ke dunia nyanyian menerusi pentas program Mentor 7, tidakkah kejam jika saya hanya membiarkan mereka,” kongsinya yang tidak menafikan perjalanan seni keduanya agak perlahan sejurus selesai program.
“Lazarul dan Ranisha adalah penyanyi yang bagus, tetapi tiada platform untuk untuk terus mengembangkan bakat. Saya pikul tanggungjawab ini.
“Saya percaya belum ada mentor yang mengeluarkan duit untuk merakamkan lagu buat anak didiknya, tetapi saya pula berfikiran sebaliknya. Ini adalah sumbangan saya untuk generasi baharu,” katanya.
Pada masa sama, pensyarah vokal Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan di UiTM Shah Alam dan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu menambah, lagu RahmatNya adalah langkah awalnya juga untuk kembali aktif sebagai penyanyi semula.
Ads
“Lebih 10 tahun tidak merakamkan lagu baru. Sudah lama saya berjanji dengan peminat yang tidak putus-putus bertanya. Saya tidak pernah hilang dalam industri muzik, sentiasa ada, tetapi ramai yang melihat saya sebagai juri program dan guru vokal.
“Ada yang ingat saya tidak menyanyi lagi, sedangkan saya masih ligat menerima undangan persembahan korporat dan acara-acara tertentu.
“Jadi, saya pilih lagu raya sebagai langkah permulaan sebelum muncul dengan satu lagu terbaharu selepas Aidilfitri nanti,” jelas Syafinaz jujur.
Sementara itu, penyanyi asal Pontian, Johor itu memberitahu, dia memilih lagu ciptaan pasangan suami isteri, Ku Sham dan Zaira yang juga teman lamanya sebagai taruhan sempena Syawal.
Ads
“Ku Sham dan Zaira adalah junior saya ketika menuntut di UiTM. Ku Sham berkhidmat sebagai pemain gitar untuk Orkestra RTM. Mereka tahu apa yang saya ingini dalam muzik. Lagu RahmatNya bermaksud rahmat Allah.
“Saya percaya kita seringkali alpa apabila terlalu sibuk dengan tugasan dan duniawi. Kita lupa pada Allah SWT, pegangan agama dan keluarga. Menjelang bulan Ramadan, kita kembali sedar menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Rahmat pada bulan puasa inilah memberi keinsafan dan kesedaran buat kita.
“Dan akhirnya, kita menyambut Aidilfitri dengan kemenangan mengatasi kealpaan selama ini. Lagu bergenre latin yang diselitkan elemen R&B ini sangat menyentuh hati saya,” katanya panjang lebar.
Terdahulu, single RahmatNYa turut disambut baik dua bintang muda itu yang menyifatkan mentornya seorang yang bertanggungjawab dan tidak mempersia-siakan bakat mereka.
Foto: Instagram Datuk Syafinaz/YouTube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn mendedahkan, dia sejak dulu suka makan bersuap, malah sebelum mendirikan rumah tangga.
Lebih lucu, Ozlynn turut mendedahkan suaminya itu sanggup untuk menerima ‘kekuarangan’ yang ada dirinya sebelum sah bergelar suami isteri.
Perkara tersebut didedahkan menerusi Instagram bersama video pendek yang merakamkan pelakon ini sedang menyuapkan anaknya makanan di sebuah kedai makan.
“Suap! Sbnrnya aku nih ada satu pangai yg x suka kelecah.. kalau bdk mkn sendiri.. slalu main lebih.. pastu x makan.. skalipon kat kedai makan..aku ttp akan suap.. lantak lah apa org nak ckp.. ariq pon aku suap.. walaupon sbnrnya aku dh nak kawin pon mak yg suap kan.. aku x pandai makan sendiri sb mak slalu suap.
“So masa abah n mak pass baton jaga aku kat somi aku.. mak pesan siap dh.. aku nih makan bersuap nk tdo kena korek kan telinga dulu.. so somi aku gatai mulot say yes.. anything for her, mak.. haaaa.. smp skrg aku ungkit kalau dia mintak cuti dan bila ada anak agak kekok nak suap mula2 dan smp skrg.. masih kekok.. tp x penting,” tulisnya.
Pada masa sama, dia juga mengakui tidak kisah untuk mengamalkan rutin tersebut asalkan anak-anaknya bahagia.
“Asalkan anak aku kenyang dan paling penting x kelecah.. kalau x nnt migrain aku..huhu tu kira zahir lah yg batin nya aku nak anak aku sentiasa dekat dgn aku.. biar smp tua aku ttp akan suap dorg.. air tgn ibu sgt mahal.
“Sebab tu aku x leh jauh ngan mak aku.. sb dia dh bagi “RASA” tu kat aku dr kecik smp besar.. harap anak2 aku pon dpt “rasa” tu dr aku,” tulisnya panjang lebar.
Lalu menerusi ruangan komen pula, para peminat memberikan komen yang pelbagai dan terhibur dengan pendedahan yang dibuat Ozlynn.
Setakat ini, Johan dan Ozlynn dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
Foto: Instagram Ozlynn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemelut rumah tangga chef celebriti, Chef Fikree Aznan bertemu noktah apabila isterinya, Zuriehan Benyahya mengumumkan telah berpisah dengan suaminya cara baik.
Sementara itu, instagram pengacara dan pembaca berita, Masrenny Masri pula telah dihujani komen netizen selepas namanya dikaitkan menjadi orang ketiga dalam keruntuhan rumah tangga chef tersebut.
Rata-rata netizen menjengah ke ruangan komen Masrenny untuk bertanyakan sendiri kesahihan perkara tersebut.
Lantas, ada juga sesetengah netizen turut mempersoal mengapa Masrenny perlu memadam komen-komen negatif di Instagramnya sekiranya benar dia tidak bersalah.
Terdahulu, Chef Fikree dan Masrenny merupakan pasangan pengacara yang mengendalikan sebuah program jualan lansung di sebuah stesen televisyen.
Fikree dan Zuriehan mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang anak yang bernama Jayden Malik.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beberapa minggu sebelum sambutan Syawal, pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad telah kembali ke rahmatullah selepas terlibat sebuah kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.
Kejadian sedih itu berlaku pada 18 Mei lalu.
Lalu menerusi akaun Instagram pereka fesyen, Rizman Ruzaini ada berkongsi kenangan bersama dengan arwah Faziani yang turut mempunyai hubungan rapat dengan orang industri seni.
“Sekalung Takziah kepada keluarga kak @faziani_rohban . Allahyarhamah menempah hampir 50 pasang baju untuk beliau dan keluarga serta saudara mara.
“Kak Faziani juga merupakan mereka yang sentiasa menyokong #rizmanruzaini bertahun2 lamanya. Setiap kali raya, pasti mereka akan mengayakan rekaan kami.
“Terima kasih.. Semoga roh akak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al- Fatihah, ” tulisnya.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.