Pelakon popular, Remy Ishak mengakui belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga biarpun sudah bergelar tunangan orang, hampir setahun lalu.

Bahkan, bintang filem Redha ini masih belum menetapkan tarikh untuk majlis bahagianya nanti.

“Ya, saya masih tunang orang. Kahwin? Belum ada tarikh lagi. Belum pasti, persiapan pun belum lagi.

 

“Hurm, ikat sampai setahun, tapi tengoklah kalau sampai setahun tak OK lagi, tak jadi lagi,” katanya pada Media Hiburan.

Remy selamat bertunang dengan wanita pilihan hatinya, Ezza Yusof yang juga ahli perniagaan, pada 30 April lalu.

IKLAN

Bagaimanapun, pelakon berusia 35 tahun ini lebih senang untuk tidak menceritakan lebih lanjut mengenai hal peribadinya itu.

IKLAN

“Relationship ini belum lagi sampai ke level yang satu lagi. Jadi, saya tak nak cakap banyak. Kalau tak jadi, tak seronok juga kan?

 

“Sebab, bertunang adalah proses mengenali dengan lebih dekat maka cabaran juga kuat.

 

“Lagipun, biarlah saya sendiri yang menjadi selebriti. Saya sebenarnya tak suka dedahkan pasangan saya. Banyak sangat benda yang dia kena hadap nanti dan sebagainya. Jadi, biarlah saya seorang yang menerimanya,” katanya.

Pun begitu, Remy memberi jaminan akan berkongsi tarikh hari bahagianya itu nanti.

IKLAN

“Kalau ada rezeki nanti, saya kongsikannya. Sekarang tak boleh. Takut,” katanya.

Teks oleh: Ayu Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI