Ads

“Reaksi Mereka Positif, Kita Akan…,” – Yusof Haslam Rancang ‘Comeback’ Epik! Que Haidar & Fazura Bakal Disatukan Dalam Filem Rahsia Hujung Tahun

Selepas membuat kemunculan dalam filem Malaikat Malam, pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam merancang untuk menghasilkan sebuah filem khas buat pelakon, Que Haidar.

Menurut Yusof, projek tersebut dijadualkan bermula pada penghujung tahun ini, dan pihak Skop Production turut berhajat untuk menggandingkan Que bersama aktres, Nur Fazura.

“Reaksi Mereka Positif, Kita Akan…,” – Yusof Haslam Rancang ‘Comeback’ Epik! Que Haidar & Fazura Bakal Disatukan Dalam Filem Rahsia Hujung Tahun

“Kami akan mengambil Que Haidar berlakon pada projek yang akan datang dan akan digandingkan bersama pelakon wanita yang ketika ini sedang rapat bersamanya iaitu Fazura.

“Projek itu dijadualkan akan berlangsung pada hujung tahun ini. Mereka akan ada projek bersama tapi buat masa ini, saya perlu rahsiakannya dahulu.

“Ia berkemungkinan akan diarahkan oleh Syafiq Yusof,” katanya kepada MH.

Bapa kepada pengarah, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof itu berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Malaikat Malam yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ads

Jelasnya lagi, beliau sudah memaklumkan hasrat tersebut kepada Que dan Fazura, dan reaksi yang diterima adalah sangat positif.

Malah, Yusof turut merasakan projek ini secara tidak langsung mampu membantu Que dan Fazura untuk kembali menaikkan nama mereka di layar perak selepas sekian lama berehat.

“Reaksi Mereka Positif, Kita Akan…,” – Yusof Haslam Rancang ‘Comeback’ Epik! Que Haidar & Fazura Bakal Disatukan Dalam Filem Rahsia Hujung Tahun “Reaksi Mereka Positif, Kita Akan…,” – Yusof Haslam Rancang ‘Comeback’ Epik! Que Haidar & Fazura Bakal Disatukan Dalam Filem Rahsia Hujung Tahun

“Kita akan buat persiapan sebaiknya. Segalanya masih rahsia dan sulit lagi. Saya pun sudah berjumpa dengan mereka tadi (majlis tayangan perdana).

“Reaksi mereka sangat positif walaupun saya belum terangkan secara terperinci. Kata mereka, kita perlu duduk berbincang untuk proses selanjutnya.

Ads

“Mereka belum berikan kata setuju tapi saya pasti mereka teruja untuk turut sama terlibat di dalam projek ini.

“Lagipun, Fazura dah Que sudah lama tidak berlakon. Apa salahnya kita gandingkan mereka,” kongsinya lagi.

Penjelasan Babak Que

Diminta mengulas mengenai babak Que yang dikatakan agak pendek dalam filem Malaikat Malam, Yusof menjelaskan perkara itu bukan disebabkan bayaran yang mahal, sebaliknya berkait rapat dengan susunan jalan cerita.

“Reaksi Mereka Positif, Kita Akan…,” – Yusof Haslam Rancang ‘Comeback’ Epik! Que Haidar & Fazura Bakal Disatukan Dalam Filem Rahsia Hujung Tahun

Ads

“Dalam filem ini, Que ada tiga babak sahaja dan hanya menjalani penggambaran selama satu hari. Ini bukan sebab bayaran yang mahal tapi memang jalan ceritanya sebegitu.

“Kisah berkaitan Que ini merupakan sub plot di dalam filem ini. Ia menceritakan kisah dan hubungan di antara adik dan abang,” akhirinya.

Terdahulu, filem Malaikat Malam bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac ini.

“Reaksi Mereka Positif, Kita Akan…,” – Yusof Haslam Rancang ‘Comeback’ Epik! Que Haidar & Fazura Bakal Disatukan Dalam Filem Rahsia Hujung Tahun

Selain Que, filem arahan Nazifdin Nasrudin ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Kodi Rasheed dan Amir Nafis.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Selalu Suami Yang Bangun Malam, Saya Jadi PA Je,” – Nabil...

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat akui risau apabila perlu berjaga malam dan menjaga anak ketiganya, Anggun Mikayla, seorang diri selepas suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir kini disahkan positif COVID-19.
error: Hello. Cannot.