Ahad lalu telah berlangsungnya pentas Gegar Vaganza 4 untuk minggu kedua dan kedudukan markah peserta jauh berbeza dengan minggu pertama.
Menurut satu sumber, ramai yang tidak puas hati dengan markah yang diterima oleh Haida yang menempatkan dia pada tangga kedua dengan 72.9% selepas Liza Hanim merangkul tangga pertama dengan 83.8%.
Penyanyi cantik dan tinggi lampai ini tidak mudah melatah dengan komen negatif netizen malah menganggap ianya adalah hak masing-masing untuk memberikan pendapat.
“Terpulanglah kepada pendapat masing-masing kerana saya positif dan mengambil setiap komen sebagai pembakar semangat dan cabaran.
“Tak puas hati dengan markah yang diberi oleh juri…Siapalah kita untuk mempertikaikan kredibiliti mereka yang arif dalam arena ini,” katanya.
Haida juga berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang target untuk setiap persembahannya cuma setiap minggu dia berfikir bagaimana untuk memberi persembahan yang terbaik kepada penonton.
“Sebagai seorang performer, ‘nombor’ bukanlah sesuatu yang penting untuk diberi perhatian,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu penyanyi ini dengan hati yang terbuka menerima teguran yang diberikan oleh Datuk Ramli MS mengenai sebutannya yang kedengaran sengau pada malam itu.
“Saya terima teguran Tok Ram (Ramli), dengan hati yang terbuka sebab dia master of music dan saya telah belajar banyak daripada dia dan masih lagi belajar sehingga hari ini,” ujarnya lagi.
Sebagai seorang selebriti, tindakan Haida yang tidak cepat melatah ini seharusnya diberi pujian dan memang benar apa yang dikatakannya tentang setiap orang mempunyai pendapat yang tersendiri.
Buat Haida pula, jangan cepat patah semangat dan ambil segala komen negatif itu sebagai pembakar semangat untuk terus memberikan persembahan yang bertenaga di konsert akan datang.
Sumber: Astro Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI