Baru sahaja mengumumkan persaraan dalam dunia sukan yang diceburinya, nyata keputusan Datuk Nicol David mengejutkan rakyat Malaysia.
Memegang rekod pencapaian paling cemerlang dalam sejarah sukan negara, netizen ‘berat hati’ mahu melepaskan namun terpaksa redha.
Sedikit soroton pencapaian bintang lagenda ini, Nicol Ann David menjadi pemain skuash dari Malaysia dan Asia yang pertama menduduki ranking nombor satu dunia.
Ads
Dari tahun 2005-2010, Nicol memenangi Anugerah Terbaik WISPA sebanyak 6 kali berturut-turut.
Ads
Terharu dengan pencapaian bintang squash ini, selebriti meluahkan penghargaan di laman sosial masing-masing.
Sudah melayari bahtera perkahwinan selama dua tahun, instafamous, Asyallie hari ini menyambut ulang tahun perkahwinan ke-2 tahun bersama suami tercinta, Eboy Arbaain.
Berita gembira itu dikongsikan Asya atau nama penuhnya Siti Syasya Rosaelmi di akaun Instagramnya.
“Happy Anniversary yang ke-2 tahun sayang @eboyarbaain .. Semoga cinta dan kasih sayang kita kekal sampai syurga . Masih banyak kita kena belajar lagi di alam perkahwinan ini .
“Gaduh hari hari tu perkara biasa gaduh manja , tapi kalau sampai masa bermanja , orang di keliling pun kita tak pedulikan.
“Terima kasih kerana terima saya seadanya , terima kasih kerana tahan dengan perangai saya yang saya rasa tiada lelaki lain sanggup . Awak adalah lelaki 1 dalam 1000 yang pernah saya jumpa dalam hidup saya..
“Saya masih ingat dengan kata kata orang terhadap awak , ada yang tanya saya “Kau rasa kau boleh hidup ke dengan eboy tu? Dia tu bukannya berduit pun. Kerja dekat dc comic kedai baju je.
“Ada banyak lagi lelaki yang berduit nak dekat kau” Bila saya dengar ni , saya rasa nak hentak hentak ke kepala dia.. bila saya mengadu dekat awak pasal ni , awak hanya tersenyum sahaja..
“Sebab awak tahu tetap akan saya pilih awak , Duit boleh dicari . Awak ? tiada pengganti . Sebab saya nampak awak seorang yang sanggup bekerja keras untuk orang tersayang , awak tak risau penat lelah yang penting orang yang awak sayang gembira .
“Awak hormat orang tua awak , cara awak layan mak awak yang buat saya tersentuh . Kalau dengan mak sendiri dia hormat dan layan seperti permaisuri macam tu and macam tu la dia akan hormat dan layan isteri dan anak anak nya begitu,” tulis Asya.
“Di awal perkahwinan kita , walaupun kita susah dan dugaan macam macam datang , awak tetap layan saya macam permaisuri sampai la sekarang alhamdullilah ada la pitih sikit tetap awak layanan yang sama cuma kureng sikit la sebab haider dah ade jeles..
“Perjalanan masih panjang, Usia perkahwinan kita baru 2 tahun dan akan berkekalan sampai ke syurga inshaAllah . Dugaan pasti datang yang penting kita sama sama mengharunginya…
Menjengah di Instagram Eboy pula, dia turut berkongsi cerita mengenai perjalanan hidupnya bersama Asyaa di awal perkahwinan.
“25.02.2019 , genap 2 tahun perkahwinan kita sayang @asyalliee . Alhamdulillah walaupun banyak rintangan kita , kita masih bersama & percaya satu sama lain . Terimakasih selalu ada disisi saya time susah & senang..
“Walaupun kita pernah ikat perut tak makan sebab kekurangan duit . Awak tetap sabar dengan saya & awak selalu cakap ‘saya sentiasa dengan awak walaupun apa yang berlaku’..
“Dulu saya rasa macam tiap hari saya bermimpi sebab seorang insan yang cantik macam awak & terkenal sanggup susah dengan saya . Pegi mana2 naik moto , kalau hujan duduk bawah jambatan . Pegi event2 naik kelisa dengan saya . Awak langsung tak ada perasaan malu ! Yess perasaan malu !
“Dengan duluu saya ni dressup pon macam apaa . Nasib laaa abang saya tahu yang saya ni ada gf , terus dia ajak share beli bmw E46 tuu . Start tuu saya lega laa sikit nak bawak awak pegi mana2 , balik kedah ke apaa .
“Yelaa selesa laaa sikitkan dari sebelum ni . Tak lama lepas tuu terus awak ajak bincang pasal kahwin , yeee awak sentiasa yakin yang kita BOLEH . Saya jee yang selalu pikir ‘ boleh ke ni khawin , ada ke duit nak buat kenduri , ada ke duit nak bagi hantaran ‘ . Alhamdulillah niat kami Tuhan dengar & permudahkan..
“Semuanyaa berjalan lancar . Walaupon ramai yang tipu & menggunakan kami sebelum ni . Tuu bagi eboy & asya satu pengajaran buat kami . Alhamdulillah masa Asya pregnant kan @haidermikhael , Allah swt datangkan ilham dekat kami untuk buat @loveliee.hq untuk menambahkan pendapatan & besarkan @haidermikhael anak kami
“Terimakasih kepada semua yang sentiasa support kami & tak percaya kepada gosip2 kami . Terimakasih jugak sayang @asyalliee sebab yakin kepada saya dan sentiasa ada dibelakang saya . Iloveyouusomuch sayang ,” akhiri Eboy.
Untuk pengetahuan, Asya mula dikenali ramai apabila video ‘macam cantik, macam comel’ menjadi trending satu ketika dulu.
Kedua-dua pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata comel iaitu Haider Mikhael dan kini Asya sedang sarat mengandung anak kedua.
Foto : IG Asyalliee, Eboy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pecah perut melihat video yang dimuat naik Zain Hamid di laman Instagramnya.
Mengimbau babak paling istimewa Keluarga Iskandar pada musim kedua pada tahun 2014, kata Zain, Keluarga Iskandar sedang dalam pembikinan filem.
“Sempena 2019 ni kami tgh shoot keluarga iskandar the movie,jom kita throwback scene family keluarga iskandar series season 2 tahun 2014 ok.dan tlg baca caption ok ni bukan latest.ni throwback nya scene.”
Seorang individu yang juga merupakan juru video program MeleTop, mendedahkan seorang pengacara terkenal dikatakan masih belum membuat sebarang pembayaran bagi video yang telah dimuat naik.
Luahan itu telah dikongsikan oleh individu tersebut di IG Stories.
“Semua tak bayar. Satu sen pon takde.
“Ada hati minta video lagi,” tulisnya
Sementara itu, hos tersebut juga dikatlaan masih bertanyakan kepada juru video terbabit mengenai tentang video berkaitan misi kemanusiaan di Palu, Indonesia, baru-baru ini.
Setakat ini, pengacara tersebut dilihat masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan berkenaan.
Apapun, janganlah kita membuat sebarang spekulasi mengenai isu ini.
Sebaiknya, tunggulah sehingga ada keterangan daripada kedua-dua belah pihak bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.