Pelakon, Luqman Hafidz mengakui berasa terkesan dengan pengunduran bintang Korea Selatan, Lee Kwang Soo daripada program televisyen popular, Running Man.

Jelas Luqman, sepanjang 11 tahun mengikuti rancangan tersebut, dia merasakan program Running Man telah banyak membantunya untuk mengharungi detik-detik sukar didalam hidupnya selama ini.

“Rancangan Ini Banyak Bantu Saya Harungi Detik Sukar Dalam Hidup,” – Lee Kwang Soo Buat Kemunculan Terakhir Running Man, Luqman Hafidz Terkesan “Rancangan Ini Banyak Bantu Saya Harungi Detik Sukar Dalam Hidup,” – Lee Kwang Soo Buat Kemunculan Terakhir Running Man, Luqman Hafidz Terkesan

Katanya lagi, peranan yang dimainkan oleh Lee Kwang So sedikit sebanyak turut mempengaruhi kehidupannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Luqman Hafidz (@luqmanhafidzx)

“#LeeKwangSoo, last episode (559).
This might look so simple to anyone else, but an emotional one for me.

IKLAN

“Running Man help me go through many hardship in life. 11 years of following the shows, and this man is one of the biggest reason why.

“So genuine, entertaining, funny, caring, loving through out the shows. Love by many,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Ahli Bapak-Bapak Club itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“Rancangan Ini Banyak Bantu Saya Harungi Detik Sukar Dalam Hidup,” – Lee Kwang Soo Buat Kemunculan Terakhir Running Man, Luqman Hafidz Terkesan “Rancangan Ini Banyak Bantu Saya Harungi Detik Sukar Dalam Hidup,” – Lee Kwang Soo Buat Kemunculan Terakhir Running Man, Luqman Hafidz Terkesan

Dalam pada itu, Luqman turut menambah, semenjak bergelar pelakon, dia juga selalu menjadikan Lee Kwang Soo sebagai bahan rujukan terutamanya bila melakonkan watak-watak komedi.

“When acting became my profession, he is one of my reference in comedy. Now he’s saying goodbye. Thank you for what you did in #runningman .

IKLAN

“Thank you for the laughter, and thank you for the memories. Gonna keep supporting you and wish you all the best,” ujarnya lagi.

“Rancangan Ini Banyak Bantu Saya Harungi Detik Sukar Dalam Hidup,” – Lee Kwang Soo Buat Kemunculan Terakhir Running Man, Luqman Hafidz Terkesan “Rancangan Ini Banyak Bantu Saya Harungi Detik Sukar Dalam Hidup,” – Lee Kwang Soo Buat Kemunculan Terakhir Running Man, Luqman Hafidz Terkesan

Terdahulu, Lee Kwang Soo telah pun membuat penampilan terakhirnya bersama program Running Man yang disiarkan secara rasmi pada Ahad lalu.

Untuk rekod, Lee Kwang Soo telah merakamkan sebanyak 559 episod sepanjang 11 tahun penglibatannya di dalam program tersebut.

Sumber: Instagram Luqman Hafidz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI