Meskipun dalam keadaan tidak sihat dan baru sahaja menjalani rawatan radioterapi baru-baru ini, namun penyanyi, Elyana masih boleh tersenyum dan kelihatan ceria.

Terbaru, Elyana ada berkongsi pengalamannya selepas menjalani rawatan menerusi Live Instagram di akaun media sosialnya itu.

“Selesai sahaja rawatan ini, mulut saya dipenuhi ulser dari bahagian dinding pipi sehinggalah ke tekak. Pada masa sama, saya susah nak makan dan minum,” katanya.

Jelas penyanyi berusia 31 tahun itu lagi, dia mengalami kesan sampingan disebabkan rawatan itu.

IKLAN

“Radioterapi itu sangat panas, jadi kulit saya terbakar, hitam, kusam dan rambut mulai gugur dan berminyak. Dinding pipi saya ni rasa macam ‘bergerigi’ dan macam pecah. Kebiasannya dinding pipi ni licin, tapi skrg saya rasa sangat berbeza,” katanya sambil menahan sakit.

Menerusi Live Instagramnya itu, Elyana mengenakan baju T-shirt putih dan memakai topi hitam untuk menutup bahagian rambut depannya (fringe) yang dianggap rimas.

IKLAN

“Rambut Gugur, Berminyak, Ulser Penuh Dalam Mulut,”- Elyana Dedah Kisah Selepas Jalani Radioterapi Di Live IG, Netizen Rasa Sayu

IKLAN

Bagaimanapun, Elyana masih boleh tersenyum dan berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya. Semoga doa-doa ini jugalah kembali kepada anda, ada juga yang buat solat hajat, terima kasih banyak-banyak,” katanya terharu.

Video : Instagram Elyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI