
Meskipun dalam keadaan tidak sihat dan baru sahaja menjalani rawatan radioterapi baru-baru ini, namun penyanyi, Elyana masih boleh tersenyum dan kelihatan ceria.
Terbaru, Elyana ada berkongsi pengalamannya selepas menjalani rawatan menerusi Live Instagram di akaun media sosialnya itu.
“Selesai sahaja rawatan ini, mulut saya dipenuhi ulser dari bahagian dinding pipi sehinggalah ke tekak. Pada masa sama, saya susah nak makan dan minum,” katanya.
Jelas penyanyi berusia 31 tahun itu lagi, dia mengalami kesan sampingan disebabkan rawatan itu.
“Radioterapi itu sangat panas, jadi kulit saya terbakar, hitam, kusam dan rambut mulai gugur dan berminyak. Dinding pipi saya ni rasa macam ‘bergerigi’ dan macam pecah. Kebiasannya dinding pipi ni licin, tapi skrg saya rasa sangat berbeza,” katanya sambil menahan sakit.
Menerusi Live Instagramnya itu, Elyana mengenakan baju T-shirt putih dan memakai topi hitam untuk menutup bahagian rambut depannya (fringe) yang dianggap rimas.

Bagaimanapun, Elyana masih boleh tersenyum dan berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya. Semoga doa-doa ini jugalah kembali kepada anda, ada juga yang buat solat hajat, terima kasih banyak-banyak,” katanya terharu.
Video : Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

![[GAMBAR] “Cinderella Bertemu Puteranya,” - Meraikan Sekitar Majlis Resepsi Ben Ali & Nadiyah Shahab, Moga Till Jannah 4 [GAMBAR] “Cinderella Bertemu Puteranya,” - Meraikan Sekitar Majlis Resepsi Ben Ali & Nadiyah Shahab, Moga Till Jannah](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/A4341348-331E-4E97-AAE0-4401EF6E12F3.jpeg)
![[GAMBAR] "Sedih Tengok Anak-Anak Kak Nurul Menangis,"- Mulianya Hati Datin Paduka Eina Azman Bawa Bayi Sakit Kulit Jumpa Pakar, Janji Hulur Bantuan Setiap Bulan 33 [GAMBAR] "Sedih Tengok Anak-Anak Kak Nurul Menangis,"- Mulianya Hati Datin Paduka Eina Azman Bawa Bayi Sakit Kulit Jumpa Pakar, Janji Hulur Bantuan Setiap Bulan](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/65032800-778C-4571-9B3D-CC428E526F7B.jpeg)
![[GAMBAR] “Tak Tidur Malamlah Macam Ni,”- Pakai Baju Tidur Corak Strawberi, Ramai Tak Senang Duduk. Dah Kenapa? 34 [GAMBAR] “Tak Tidur Malamlah Macam Ni,”- Pakai Baju Tidur Corak Strawberi, Ramai Tak Senang Duduk. Dah Kenapa?](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/kol.png)
