Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru sahaja mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua mengharapkan agar semua pihak mendoakan kehamilannya berada dalam keadaan baik.

Usia kandungan kedua figura terkenal itu sudah pun mencecah lebih empat bulan.

Berkongsi mengenai perkara tersebut pada majlis pelancaran produk BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi maya hari ini, Siti mengakui berserah kepada Allah SWT dan berita kehamilan ini menjadi satu perkara yang cukup menggembirakan.

“Ramai Yang Sudah Nampak Saya Dekat Luar Dengan ‘Membawa Perut’,” – Hanya Allah Yang Tahu Perasaan, Siti Cerita Kehamilan Anak Kedua

“Untuk kehamilan kedua saya berserah kepada Allah SWT. Saya melalui prosedur yang sama seperti sebelum ini iaitu rawatan kesuburan in-vitro IVF dan ketika itu perasaannya seperti ’50-50′.

“Kadang-kadang ada ketikanya kita pernah melalui kegagalan suatu ketika dahulu dan kelahiran Siti Aafiyah itu adalah satu rezeki yang indah Allah kurniakan pada saya.

“Untuk kali ini, saya tertanya-tanya sama ada Dia kurniakan lagi atau pun tidak.

IKLAN

“Alhamduluillah Dia kurniakan lagi rezeki kepada saya dan bersyukur apabila mendapat tahu ia (hamil) positif. Hanya Allah saja yang tahu macam mana perasaan saya pada ketika itu.

“Jadi apabila melakukan proses IVF sejak awal, saya sudah merancang untuk berehat, lebih-lebih lagu dengan keadaan pandemik, saya tidak kemana-mana. Sebaliknya hanya jaga kandungan.

“Setakat ini saya bersyukur kerana tidak ada masalah. Ketika awal kehamilan pertama dulu saya pernah alami pendarahan dan setakat ini alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

“Cuma doakanlah agar sampai akhir bersalin saya diberikan kesihatan serta kekuatan, insya-Allah,” pintanya.

IKLAN

Sementara itu, Siti turut berkongsi pengalaman saat berbadan dua dalam situasi negara berdepan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Ramai Yang Sudah Nampak Saya Dekat Luar Dengan ‘Membawa Perut’,” – Hanya Allah Yang Tahu Perasaan, Siti Cerita Kehamilan Anak Kedua

“Sebetulnya saya rancang untuk lakukan IVF lebih awal, bagaimanapun pandemik Covid-19 yang berlaku menyebabkan saya lewatkan sedikit proses tersebut.

“Jadi apabila situasi sudah reda sedikit suatu ketika dulu, saya teruskan.

IKLAN

“Memang sekarang saya sangat berjaga-jaga. Tidak keluar kemana-mana kecuali untuk hal yang sangat memerlukan.

“Saya kena menjawab jugalah ramai yang berteka-teki, ramai yang sudah nampak saya dekat luar tu dengan ‘membawa perut’ memang sudah tahulah.

“Cuma mereka menunggu daripada mulut saya sahaja. Alhamdulillah harapnya semua pertanyaan itu sudah pun dijawab,” katanya lagi.

Kira-kira tiga tahun lalu, Siti mengumumkan dia hamil selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, atau dikenali sebagai Datuk K.

Berita tersebut nyata menjadi perkhabaran paling indah buat pasangan tersebut selepas mengalami keguguran sekitar November 2015.

Siti selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia lebih dua tahun.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI