Usahawan dan bekas penyampai radio, Shuib akui reda atas pemergian istetinya, penyanyi Siti Sarah, pagi Isnin.

Menurut Shuib, meski sedih atas kehilangan wanita paling disayanginya, namun dia percaya dengan takdir yang sudah diaturkan Yang Maha Esa.

Malah, dia sebelum ini selalu berseloroh bahawa arwah ialah bidadari hidupnya, sepanjang 10 tahun membina hidup bersama.

Ramai Yang Sayang… Shuib Yakin Siti Sarah Akan Cium Bau Syurga – “InsyaAllah, Allah Letakkan Dia Ditempat Paling Baik.” Ramai Yang Sayang… Shuib Yakin Siti Sarah Akan Cium Bau Syurga – “InsyaAllah, Allah Letakkan Dia Ditempat Paling Baik.”

“Apabila ditunjukkan satu persatu kebaikan dia, termasuk doa tak putus putus orang luar kepadanya, selain cara dia meninggal dunia kerana COVID-19 dan selepas melahirkan anak keempat kami, saya nampak bagai ada kebenaran gelaran berkenaan.

“Saya yakin dan nampak pasti dia akan mencium bau syurga. Insya-Allah pasti Allah letakkannya di tempat paling baik. Sedih… memang sayalah orang paling sedih kehilangan kekuatan hidup saya. Namun saya akur dan reda dengan takdir ini. Ketua bidadari saya sudah tak ada.

“Malah pagi tadi, sebelum dia menutup mata… saya sempat mengajarnya mengucap kalimah syahadah,” katanya.

Mengenai pemilihan nama anak keempatnya, Shuib memaklumkan nama Ayash itu pilihan arwah isterinya.

Ramai Yang Sayang… Shuib Yakin Siti Sarah Akan Cium Bau Syurga – “InsyaAllah, Allah Letakkan Dia Ditempat Paling Baik.”

IKLAN

Ramai Yang Sayang… Shuib Yakin Siti Sarah Akan Cium Bau Syurga – “InsyaAllah, Allah Letakkan Dia Ditempat Paling Baik.”“Dia (arwah) yang beriya iya nak namakan anak keempat kami dengan nama Ayash. Saya cakap nama itu tak sedap seperti pilihan nama anak pertama kami, Uwais Alqarni yang dipilihnya.

“Ikutkan kami bergilir memberi nama anak. Jadi nama anak kedua,  Dzahira Talita Zahra saya pula pilihkan. Kemudian nama anak ketiga, Ariq Matin… dia pula tentukan.

“Sepatutnya nama anak keempat, giliran saya memilihnya. Namun dia juga berkeras nak letak nama pangkal pertama, Ayash. Tapi nama pangkal kedua, Affan pilihan saya. Lalu digabungkan nama itu menjadi Ayash Affan,” katanya lagi.

Bagaimanapun pemilik nama lengkap Shahmira Muhamad mendedahkan pada awalnya, dia kekok dengan gabungan nama anak keempatnya itu yang dilahirkan pada Jumaat lalu.

Ramai Yang Sayang… Shuib Yakin Siti Sarah Akan Cium Bau Syurga – “InsyaAllah, Allah Letakkan Dia Ditempat Paling Baik.”

Ramai Yang Sayang… Shuib Yakin Siti Sarah Akan Cium Bau Syurga – “InsyaAllah, Allah Letakkan Dia Ditempat Paling Baik.”“Sampai satu tahap nak tukar nama lain. Tapi saya tak jadi menukarkannya kerana pilihan nama itulah menjadi sebahagian memori dengannya.

IKLAN

“Ayyan sekarang ini masih dalam inkubator. Walaupun proses kelahirannya sangat sukar, tapi semangat yang ada pada nama pilihan ibunya sangat bermakna.

“Nama Ayyan itu diberi sempena  salah seorang pejuang Hamas di Wilayah Gaza yang mati syahid.

“Ayyan jugalah hadiah terakhir paling bermakna untuk saya daripada arwah isteri. Saya akan kenang detik itu sekali gua menjaga dan membesarkan keempat anak kami dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib menyifatkan Allahyarham sebagai tulang belakang hidupnya, yang sentiasa menyokong dalam susah senang.

“Kalau orang nampak pandai bab bisnes dan memasarkannya, mungkin pada mata kasar yang hebat itu disangka saya. Tapi yang sebenarnya, dialah yang jadi ‘master mind’.

IKLAN

“Pernah saya terdetik cakap, kalau tak kahwin dengannya, apalah nasib diri ini. Dialah loket tuah saya. Dia sangat luar biasa.

“Dialah yang banyak buka mata kepada saya bab bersedekah dan berbuat baik tanpa harap balasan. Kalau dalam tangan ada duit sikit pun bersedekahlah,” katanya.

Ramai Yang Sayang… Shuib Yakin Siti Sarah Akan Cium Bau Syurga – “InsyaAllah, Allah Letakkan Dia Ditempat Paling Baik.” Ramai Yang Sayang… Shuib Yakin Siti Sarah Akan Cium Bau Syurga – “InsyaAllah, Allah Letakkan Dia Ditempat Paling Baik.” Ramai Yang Sayang… Shuib Yakin Siti Sarah Akan Cium Bau Syurga – “InsyaAllah, Allah Letakkan Dia Ditempat Paling Baik.”

Terdahulu, jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, di sini, kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), akibat COVID-19, jam 5.13 pagi tadi.

Jumaat lalu, Siti Sarah yang terpaksa ditidurkan, melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI