Band, Floor 88 akui berasa amat teruja selepas mereka diberikan tawaran untuk menunaikan umrah bersama peminat menerusi pakej yang diperkenalkan oleh Hotel Grand Barakah.
Menurut vokalisnya, Ayie Elham, menunaikan umrah bersama seluruh anggota kumpulan Floor 88 sememangnya sudah menjadi impian mereka sejak daripada dahulu lagi.
Katanya lagi, mereka juga berasa amat bersyukur dengan perancangan yang telah diaturkan oleh Allah SWT buat mereka.
“Bila pertama kali kami dengar yang Floor 88 dijemput dan ditawarkan untuk pergi mengerjakan umrah, kami sebenarnya menggigil.
“Sebenarnya Floor 88 memang dah lama rancang untuk pergi buat umrah bersama-sama. Persediaan kami nak ke tanah suci memang dah lama. Cuma dari segi kos kewangan dan masa yang menjadi kekangan.
“Bila dapat tawaran macam ini, kami macam tak percaya. Jadi, kami terus terima. InsyaAllah, harapan kami agar semua dipermudahkan,” katanya kepada MH.
Ayie berkata sedemikian dalam satu temuramahnya bersama MH, baru-baru ini.
Ayien turut menambah, dia juga sebenarnya merancang untuk membawa bersama isterinya namun, segalanya harus bergantung kepada situasi semasa memandangkan isterinya itu kini sedang hamil.
“Saya ada bertanya juga kepada pihak penerbangan mengenai kebenaran untuk membawa wanita hami. Kemudian, mereka minta saya untuk mendapatkan surat rujukan daripada doktor.
“Bila saya fikir balik, risiko pun agak tinggi. Mungkin saya akan pergi dengan band dulu. Kalau ada rezeki lain kami akan pergi sekali,” katanya lagi.
Ketika ditanya, adakah dia sanggup berjauhan dengan isterinya untuk jangka masa yang agak lama, ini reaksi yang diberikan oleh Ayie;
“Sejak awal perkahwinan lagi dia punyai hasrat untuk ke Mekah. Cuma waktunya belum tiba.
“Bagi saya, bila dah ada panggilan tu, sebaiknya kita pergi. Dia pun faham dan kata rezeki saya dah sampai. Rezeki dia belum lagi. Dia okay untuk pergi kemudian,” ujarnya lagi.
Floor 88 dijangkan bakal berangkat ke Mekah pada 18 hingga 26 Mei depan.
Pakej yang diperkenalkan oleh pihak Grand Barakah Hotel ini turut mempelawa para peminat untuk turut sama menunaikan umrah bersama band, Floor 88.
Dalam perkembangan lain, kumpulan Floor 88 bakal mengadakan konsert berskala besar pada 27 Mac depan.
Sebanyak 13 lagu akan dipersembahkan dengan susunan muzik yang berbeza dan tidak pernah ditunjukkan oleh Floor 88 sebelum ini.
Tiket akan bermula dengan harga RM60 untuk zon C, RM150 zon B, RM200 zon A dan RM300 untuk zon VVIP.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Floor 88
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti terkenal, Neelofa kini sedang menjalani tempoh berpantang selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Berkongsi perkembangan terkininya, bekas hos program MeleTOP yang juga usahawan berjaya itu menggelarkan diri dengan panggilan ‘Ummi Bilal.’
“@natalismothercare pagi-pagi dah siapkan sarapan ummi bilal,” tulisnya menerusi foto menu sarapan yang tersedia.
Sementara itu suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, atau Pencetus Ummah (PU Riz) meluahkan rasa syukur atas kelahiran permata hatinya.
Menerusi Instagram, PU Riz antara lain akan berusaha untuk mendidik anaknya menjadi anak soleh dan turut menitipkan pesanan selain berkongsi tazkirah ringkas untuk tatapan pengikutnya.
Penyanyi, Oja memaklumkan pelakon senior yang juga merupakan abang iparnya, Haeriyanto Hassan kita sedang menerima rawatan di Hospital, Ampang selepas diserang strok.
Menurut Oja atau nama sebenarnya, Daninas Huza Daud, pihak doktor juga telah mendapati terdapat ketulan darah beku di kepala Haeriyanto.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Dasira itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
“Abang ipar saya Haeriyanto Hassan dikejarkan ke Hospital Ampang akibat mild strok. Selepas terima keputusan, ada darah beku di kepala 3-4cm.
“Beliau kemungkinan perlu menjalani pembedahan serta merta di HKL pada bila-bila masa. Mohon doa daripada semua,” tulisnya.
Menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di ruangan Instagram stories Haeriyanto, isterinya memberitahu, Haeriyanto kini telah pun sedar dan sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak doktor.
“Sorry tak boleh nak reply whatsapp one by one. Yanto admitted dekat Hospital dia strok. Phone dekat wife dia.
“Dia Alhamdulillah sedar. Doktor tengah usahakan turunkan dulu tekanan darah dia. Then, doktor will advise later stage in what to do.
“Ampun tak dapat reply sorang-sorang. Production yang tengah shooting please tolong inform person in charge ya. Doakan Haeriyanto Hassan kuat dan kembali pulih,” kongsinya.
Lantaran itu, isteri kepada Haeriyanto turut berharap agar semua pihak dapat memahami situasi yang dialami suaminya itu.
Malah, dia juga turut memohon kepada semua pihak supaya mendoakan semoga suaminya itu dapat kembali sembuh seperti sedia kala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Oja & Haeriyanto Hassan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...