Seperti tahun-tahun sebelumnya, para peminat sentiasa menantikan ramalan daripada selebriti terkenal, Neelofa mengenai para penyanyi yang bakal menyerlah di anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL).

Bagi AJL ke-37 ini pula, Neelofa meletakkan sasaran buat Alif & The Locos menerusi lagu Anugerah Terindah untuk menduduki tangga tiga terbaik.

Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyuarakan keyakinan terhadap penyanyi terkenal, Aina Abdul
untuk meneruskan kecemerlangannya seperti edisi-edisi sebelum ini menerusi lagu Terus Hidup.

“Another year, another prediction! So I’m rooting and hoping Alif Satar will be in the top 3 of #AJL37.

IKLAN

“His talent and versatility is chef’s kissss. Not forgetting the amazing Aina Abdul, she has it in the bag,” tulisnya.

Ramalan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Meletop itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.

Ramai Tertunggu-Tunggu, Ini Ramalan Neelofa Tentang Peserta Yang Bakal Menyerlah Di AJL-37 Ramai Tertunggu-Tunggu, Ini Ramalan Neelofa Tentang Peserta Yang Bakal Menyerlah Di AJL-37

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi ramalan mereka mengenai AJL-37 yang bakal berlansung Ahad ini.

Sekadar informasi, AJL-37 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3.

IKLAN

Sebanyak 12 lagu bakal bertanding untuk merebut tahta sebagai juara AJL yang baru.

AJL-37 bakal dihoskan oleh dua pengacara hebat tanah air iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Twitter & Instagram Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI