Anggota kumpulan Kpop Astro, Moonbin ditemui mati di kediamannya di Gangnam, Korea Selatan pada kira-kira jam 8 malam waktu tempatan pada malam Rabu.
Kematian Moonbin, 25, disedari pengurusnya yang menemukan dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa..
Menerusi siasatan awal yang dilakukan, punca kematian Moonbin adalah disebabkan bunuh diri namun pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.
Agensi pengurusan Moonbin, Fantiago menerusi satu kenyataan media turut berduka cita dengan kematian bintang muda itu.
Ads
“Kami juga turut berduka atas berita mengejutkan ini. Namun ia tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan ahli keluarga yang kehilangan Moonbin.
“Kami juga memohon semua untuk menghormati keluarga dan tidak menyebarkan berita tidak benar tentang kematian ini.
Ads
“Pihak keluarga akan mengadakan majlis pengebumian secara tertutup,” kata kenyataan tersebut.
Moonbin menyertai kumpulan Astro pada tahun 2016.
Ads
Selain Moonbin, adik perempuannya, Moon Sua, 24, turut bergelar seorang penyanyi dan merupakan anggota kumpulan Billlie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hubungan rapat penyanyi Adira Suhaimi dengan madunya, Datin Syarifah Norshafila Hassim mendapat pujian ramai.
Rata-rata netizen menyenangi hubungan baik yang terjalin di antara kedua-duanya seperti yang dipaparkan di media sosial masing-masing.
Berkongsikan hal tersebut, Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, berkata hubungan baik mereka berdua terjalin selepas menziarahi madunya yang kehilangan ibu tercinta pada 27 Mei tahun lalu.
Sebaik mendengar perkhabaran tersebut, Adira tanpa berfikir panjang terus menuju ke rumah ibu bapa madunya yang terletak di Kuala Selangor bagi memziarah.
“Sebaik mendengar berita sedih itu saya terus hubungi kakak (madu) bagi menyampaikan salam takziah dan meminta kebenarannya untuk datang menziarah.
“Saya ke rumah keluarga kakak di Kuala Selangor dengan ditemani anak sulung, Anggrek selepas memaklumkan suami yang sudah berada di sana.
“Dari situ hubungan kami mula erat sehingga sekarang. Sebelum itu kami bukan gaduh, cuma tak rapat seperti hari ini.
“Mungkin orang sangka dulu kami tak boleh bertembung, tetapi hakikatnya kami hanya menjalani kehidupan masing-masing. Itu saja. Jarak kediaman kami pun tak jauh, dalam 30 minit dah sampai,” katanya kepada MH pada majlis berbuka puasa dengan penghuni Rumah Bakti Nurshaheera Cheras di Kay’s Steak & Lobster Ampang, baru-baru ini.
Adira bagaimanapun mengambil pendekatan enggan terlalu berkongsi gambarnya bersama madu dalam media sosial.
Isteri kedua kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red itu berkata tindakan itu diambil bagi mengelakkan perasaan iri hati segelintir pihak luar yang sudah mula kepanasan melihat dia dan madu berhubungan baik.
“Bukan tak seronok kongsi setiap momen berharga kami, cuma kena beringat tak semua orang suka kerana ada juga individu tidak dikenali mesej saya dengan kata-kata negatif.
“Harapan saya semoga kita sekeluarga dijauhkan daripada hasad dengki. Mujur kakak pun faham. Sekarang kalau keluar berdua saya jarang masukkan dalam media sosial,” katanya lagi.
Untuk info, Adira bernikah dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand dan kini dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayub, tujuh bulan.
Sementara itu, mengenai majlis berbuka puasa dihadiri Adira baru-baru ini, dia berasa bertuah dapat menyantuni 26 anak yatim menikmati juadah istimewa yang disifatkan hidangan ‘kayangan’ iaitu lobster thermidor dan wagyu tomahawk yang menjadi ‘signature dish’ restoran tersebut.
Katanya, dia berbesar hati dapat meluangkan masa dan berpeluang memberi layanan VIP kepada penghuni rumah kebajikan tersebut yang rata-rata hampir sebaya dengan anak-anaknya.
“Apabila Pengarah Urusan Kay’s Steak & Lobster, Aizuddin Khalid mengundang saya meraikan anak-anak ini, saya tidak berfikir panjang menyambut pelawaan kerana mahu menggembirakan mereka,” katanya.
Pemilik restoran Kay’s Lobster & Steak, Aizuddin Khalid berkata impiannya untuk meraikan anak yatim akhirnya tercapai selepas beberapa tahun tertangguh disebabkan pandemik Covid-19.
“Sebenarnya sudah lama kami ingin anjurkan majlis bersama anak yatim namun dengan kekangan Covid-19 dan sebagainya, baru tahun ini diizinkan Allah untuk melaksanakannya.
“Memandangkan ini event pertama kali buat kami, semestinya kami sangat teruja.
“Apabila menjemput tetamu khususnya anak yatim, sudah semestinya kami mahu memberikan yang terbaik. Saya minta pihak restoran sediakan lebih awal bahan untuk hidangan istimewa iaitu lobster thermidor dan tomahawk, dan pastikan kedua-duanya ada stok,” kata Aizuddin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Meerqeen berbesar hati apabila kini dilantik sebagai duta untuk segmen ‘Foundation and Fragrance Franchise’ di bawah jenama YSL Beauty Malaysia.
Perlantikan tersebut sekaligus menjadikan bintang utama drama Melur Untuk Firdaus itu sebagai selebriti pertama Malaysia yang menggalas tugas seumpamanya.
“Saya rasa teruja untuk menjadi warga Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta jenama Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty. Saya selalu kagum dengan komitmen jenama ini terhadap kreativiti, ekspresi kendiri dan langkaui batasan.
“Sebagai seorang yang percaya bahawa kehidupan perlu dinikmati sepenuhnya, saya bersukacita untuk bekerjasama dengan jenama ini bagi menggalakkan orang ramai melakukan yang sama,” katanya.
Kerjasama antara Meerqeen dan YSL Beauty dilihat positif bagi menyuntik perspektif segar kepada kempen pemasaran jenama itu di negara itu.
Sementara itu, Zaireen Ibrahim, Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia & Singapura menyambut baik semangat positif yang dibawa Meerqeen.
“Kami rasa gembira atas penglibatannya sebagai duta jenama kami. Personaliti dan nilai pelakon muda itu disifatkan sejajar dengan pendirian jenama kami yang mendukung keindividuan dan melangkaui batasan.
“Kami teruja untuk menyaksikan hasil yang akan dibawa dalam kolaborasi ini,” katanya di dalam satu kenyataan yang dikongsikan kepada media.
Perkongsian ucapan raya daripada adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera Khan mengundang perhatian warganet apabila berkongsi pantun yang turut terselit mengenai perkahwinan.
Menerusi Instagram miliknya, Ameera menulis pantun sambil berseloroh berharap agar tahun hadapan dia bakal bergelar raja sehari.
“Ada rendang ada ketupat, Masuk mintak jangan lambat, Kalau tidak diambil orang, Sudah berkenan terus bincang.
“Asyik ucap salam aidilfitri, Bila pula you nak salam my wali? Selamat hari raya, maaf zahir batin. Moga tahun depan saya jadi pengantin,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Apa yang menarik, teman yang didakwa dengan rapat dengannya, pelakon Indonesia, Jefri Nichol turut ‘mengaminkan’ pantun tersebut pada ruangan komen.
Respon berkenaan turut menerima ratusan tanda suka daripada pengikut masing masing sambil disusuli dengan reaksi pelbagai.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Ameera juga turut meletakkan emoji berbentuk hati warna ungu pada nama aktor tersebut berlatar belakangkan jambangan bunga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...