Ramai Pertikai Mengapa Hazami Di Tempat Ke-4, Ini Jawapan Juri GV4!

Akhirnya, Gegar Vaganza musim ke-4 telah melabuh tirai dengan menobatkan Aishah sebagai pemenang utama bagi program realiti tersebut.

Tidak dinafikan kemenangan Aishah dan kedudukan Liza Hanim di tempat kedua membuatkan ramai berpuas hati dan akur dengan keputusan pihak juri.

Namun, lain pula ceritanya jika dibandingkan dengan tempat ketiga dan keempat.

Nampaknya rata-rata netizen kurang berpuas hati hingga menimbulkan perbalahan kecil antara peminat Hazami dan Lan Solo.

Rata-rata mereka menganggap Hazami sebenarnya tidak layak berada di tempat keempat sebaliknya dia patut berada di tempat Lan.

Namun dakwaan itu juga disangkal oleh pengikut Lan dan menganggap semua itu rezeki masing-masing dan menganggap pihaj juri telah lakukan keputusan seadil-adilnya dan cukup profesional.

Hmmm, MH faham memang tidak dinafikan keputusan Hazami dan Lan memang terlalu sengit hingga kita sendiri sukar nak tentukan.

Terpisah kerana 0.4%

Sewaktu pengumuman kemenangan mereka, Lan dan Hazami berkongsi peratus yang sama, iaitu 70% cuma yang membezakan mereka berdua adalah 0.4% sahaja di mana Lan diberi markah lebih sedikit daripada Hazami dengan 70.4%.

Melalui sidang media selepas konsert tersebut melabuh tirai, ini jawapan Datuk Ramli MS tentang kedudukan kedua selebriti ini.

IKLAN

Kata Ramli, sebenarnya ada beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh penyanyi Sonata Musim Salju seperti lupa lirik dan nyanyian yang agak ‘bergoyang’ menyebabkan ada perbezaan markah.

Sebagai seorang juri profesional dan mempunyai beberapa kemudahan untuk mendengar nyanyian mereka, Ramli dapat dengar dengan jelas segala kesalahan itu.

Tambahnya, dia memahami situasi Hazami yang mungkin agak gementar ketika berada di malam final dan memberitahu sewaktu sesi latihan Hazami telah lakukan yang terbaik.

“Yang jelas saya pakai earphone, sewaktu battle, dia lupa lirik. Manakala sewaktu solo, bergoyang. Itulah point yang saya berikan. It’s about keadaan jiwa menyanyi tetapi saya tidaklah kecewa, saya faham semua ini kerana live final dan gemuruhnya banyak faktor.

 

“Sewaktu latihan, semuanya sempurna. Kerana tiada penonton dan tiada tekanan serta kelongaran sepanjang latihan, Hazami kelihatan sangat tenang, tidak terlalu risau tentang teknikal, menjiwai jadi saya menganggap dia sangat bagus!” Jelas Tok Ram kepada semua media.

Malah, Ibu Hetty Koes Endang juga turut memberi pendapat tentang markah yang diberi antara Hazami dan Lan Solo.

Menurutnya, ada beberapa pergerakan Hazami yang telah mempengaruhi mutu persembahannya.

Terutamanya apabila beberapa pergerakan yang dilakukan oleh Hazami malam tadi tidak sama seperti yang berlaku sepanjang latihan.

“Markah malam ini sangan tipis, bukan bermaksud bila Hazami berada di tangga keempat dia tidak bagus.

 

“Sesiapa sahaja yang memasuki pertandingan, jangan sesekali mengambil risiko untuk menyanyi sambil duduk kerana ia mempunyai perbezaan.

 

“Bagi saya, apabila hazami bermain piano dan berjalan ia mempengaruhi nyanyian Hazami sehingga menyebabkan ia bergetar. Kena hati-hati!”

 

Sidang media GV4 Final

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 17 December 2017

 

Apapun MH harap dengan penjelasan kedua juri ini peminat-peminat Hazami dan Lan memahami situasi mereka dan harus akur dengan permarkahan juri.

Benar kata Tok Ram, setiap kesalahan yang dilakukan oleh mereka hanya juri sahaja yang tahu dan boleh detect kerana mereka punyai earphone khas untuk mendengar nyanyian dengan lebih teliti.

IKLAN

Okay jom dengar sedikit sudutan persembahan mereka malam tadi…