Ramai yang menyangka untuk membuat lawak itu mudah tapi hakikatnya tidak semudah yang disangka untuk membuat orang sekeliling ketawa.

Pelawak, Ali Puteh meberitahu kepada satu sumber bahawa dia sering mengingatkan anak didiknya di dalam program Gegar Lawak untuk sentiasa serius dalam setiap yang dilakukan sekiranya mahu menjadi seorang pelawak yang bagus.

‘Ramai Orang Ingat Jadi Pelawak Ni Mudah’ – Ali Puteh

IKLAN

Ini kerana menurut Ali, ramai yang menganggap menjadi seorang pelawak ini adalah sesuatu yang mudah.

“Apa yang saya perhatikan, ramai orang ingat jadi pelawak ni mudah sehingga ada yang buat lawak sambil lewa.

 

“Saya sering mengingatkan anak didik saya dalam Gegar Lawak ini supaya ambil serius setiap perkara yang mereka ingin lakukan atas pentas.

 

“Jadi dalam kelas saya tiada istilah bermain kerana saya mahu mereka semua fokus dan bersungguh-sungguh menghiburkan penonton dengan jalan cerita yang menarik,” katanya kepada Astro Gempak.

‘Ramai Orang Ingat Jadi Pelawak Ni Mudah’ – Ali Puteh

IKLAN

Tambahnya lagi, dia bukan seorang yang garang namun dia harus bersifat tegas di dalam kelas supaya kesemua peserta lebih serius.

IKLAN

“Tiada siapa dapat membantu mereka jika diri sendiri tidak mahu lakukan yang terbaik,” katanya lagi.

MH setuju dengan Ali, memang bukan mudah untuk menjadi pelawak. Apapun buat semua peserta Gegar Lawak, diharap mereka mengambil peluang yang ada ini untuk menjadi seorang pelawak yang disegani suatu hari nanti.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI