Pemergian vokalis Shinee masih hebat diperkatakan hingga kini, mungkin kerana kematiannya sangat mengejutkan hingga membuatkan masih ada yang belum dapat menerima kematiannya.

Dalam pada itu, sejak ia terjadi orang mula ambil berat mengenai masalah depresi ini apatah lagi Korea Selatan mempunyai statistik orang bunuh diri kerana kemurungan yang paling tinggi selain Jepun.

Salah seorang ahli 2PM, Wooyoung mendedahkan bahawa dia juga pernah mengalami perkara yang sama 5 tahun dulu.

Ads

“Saya mengetahui berita sedih mengenai Jonghyun, mungkin dia lebih tertekan daripada saya dan mengambil tindakan sedemikian.

“Sebagai seorang selebriti, saya faham tindakannya itu, ramai rakan idol lain merasai perkara yang sama. Begitu juga saya 5 tahun dahulu.

“Tapi, masa itu saya betul-betul ingin mengalahkan perasaan tersebut. Setiap kali rasa murung itu datang menyerang, saya akan ingat semua ahli grup 2PM yang lain.

“Selain itu, saya juga melakukan aktiviti seperti melukis, selam skuba, membaca, tonton dokumentari dan juga belajar muzik untuk tidak terlalu melayan perasaan itu,” katanya.

MH tak nafikan gaya hidup di Korea Selatan yang sangat competitive menjurus pada depresi yang berlaku, ambil contoh gaya hidup idol yang memerlukan mereka menjadi trainee bertahun lamanya sebelum debut sebagai artis.

Ads

Tidak cukup itu, jadual yang padat hingga tidak mendapat rehat dan makan yang cukup juga membuatkan ramai yang sering jatuh sakit tetapi dipaksa bekerja.

Ads

Sementara itu, pendedahan Wooyoung itu mendapat kecaman knetizen yang mengkritik dirinya kerana membandingkan kemurungan yang dialaminya dengan Jonghyun.

Bagaimanapun, walaupun ramai yang menggelarnya biadap, ada juga yang memberikan sokongan kepada Wooyoung kerana berani bersuara mengenai depressi dan memberikan tips untuk mengatasinya.

Bagi MH, setiap orang mempunyai masalah masing-masing dan ia terpulang pada individu tersebut untuk mengatasinya. Sebab, sebanyak mana pun orang cuba bantu, diri sendiri dulu kena ada rasa nak berubah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI