Semalam penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 38, telah berkongsi berita gembira bahawa beliau sedang hamil empat bulan.
Berita baik tersebut dikongsi Siti pada majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara sederhana di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang malam tadi.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Berita gembira ini membuatkan ribuan komen membanjiri di Instagramnya dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis termasuk Neelofa, Vivy Yusof, Aliff Syukri serta ramai lagi.
IKLAN
Perkongsian baby bump Siti itu telah menerima lebih daripada 290,000 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya mendoakan kesihatan Siti agar dipermudahkan segala urusan sehingga bersalin nanti.
Akhirnya penantian pelantun lagu Mikraj Cinta dan suami selama 11 tahun terbayar dengan diberikan khabar yang cukup gembira.
IKLAN
Malah, berita ini cukup untuk menutup segala tohmahan yang diterima Siti yang mengatakan beliau tidak pernah mencuba untuk mendapatkan zuriat.
Siti dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.
MH Online turut gembira buat Siti dan suami serta berharap pengumuman penyanyi nombor satu ini dapat menutup segala spekulasi yang bertebaran sepanjang empat bulan lalu.Tahniah!
Pelawak, Chot XOXO perlukan sedikit ruang tidak dapat mengulas lanjut susulan kontroversi yang membabitkan perkahwinan baharunya dengan isteri, Zurina Badron.
Chot atau nama sebenarnya Hazmeer...
Menjadi antara pasangan contoh yang kekal bahagia sehingga kini, usahawan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 36, ada berkongsi beberapa tips yang diamalkannya bagi menyerikan lagi...
Setelah hampir seminggu mendiamkan diri, penyanyi, Sissy Iman menafikan dirinya tersinggung dengan komen pedas yang diberikan oleh juri, Mas Idayu terhadap persembahannya minggu lalu di program realiti, Famili Duo.
Selebriti popular, Noor Neelofa hari ini mengambil keputusan untuk menjual sebahagian daripada koleksi kasutnya menerusi satu karnival jualan (preloved) pada esok di Petaling Jaya,...
Pelakon dan usahawan Wawa Zainal berkongsi momen indah melalui sebuah video yang merakamkan ubah suai kediaman khusus buat kedua ibu bapanya yang kini menetap...
Sejak kebelakangan ini, isu curang melibatkan beberapa pasangan selebriti hangat menghiasi industri hiburan tempatan sehingga banyak pihak tampil memberikan pendapat mereka berhubung perkara tersebut.Tidak...
Bekas suami Jennifer Lopez, Marc Anthony, 55, dikhabarkan telah menamatkan zaman solonya dengan peragawati dan juga ratu cantik terkenal, Nadia Fereira, 24, dalam satu...
Pelakon Zarina Zainuddin menyokong keputusan pelawak dan penyampai radio, Shuib untuk kembali mendirikan rumah tangga.Zarina menyatakan sokongannya menerusi ruangan komen satu portal berita yang...