Ramai yang memberikan reaksi positif selepas pelakon dan pengacara, Raja Azura berkongsi kejayaan puteri bongsunya, Puteri Mia Maizura,18, yang meraih empat anugerah terbaik dalam bidang akademik dan kokurikulum dalam satu majlis, baru-baru ini.
Menurut Raja Azura, Mia yangjuga bekas pelajar di Sekolah Seni Kuala Lumpur menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Anugerah Ikon Kokurikulum, Anugerah Tokoh Bidang Teater, dan Anugerah Tokoh Murid 2022.
“Kejayaan Mia adalah hadiah istimewa, lebih-lebih lagi saya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 pada 18 Ogos lalu.
“Alhamdulillah saya dikurniakan anak-anak yang mementingkan pelajaran selain aktif menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum.
Ads
“Mia mempunyai minat yang sama seperti saya. Dia suka berlakon teater hingga pernah mewakili Malaysia dan meraih pelbagai anugerah,” katanya.
Ads
Menurut Raja Azura, selepas Mia meraih 5A dalam SPM dia bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti pada bulan depan.
“Mia bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Diploma Teater.
Ads
“Sebenarnya cita-cita Mia nak jadi peguam tapi disebabkan salah satu mata pelajaran tidak melepasi syarat kelayakan, jadi dia mohon jurusan teater.
“Mungkin sudah tertulis rezeki dia. Mana tahu satu hari nanti dia dapat meluaskan kerjaya yang mak dia buat selama ini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Buat penggemar festival muzik, bersedialah untuk sesuatu yang sangat gempak pada bulan Ogos dan Oktober ini.
Hampir 40 selebriti ternama tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Dolla dan Ella bakal dihimpunkan bagi menggegarkan pentas di tiga buah negeri untuk acara muzik terbesar negara, KEPCI Music Fest 2023.
Festival muzik yang diadakan buat julung-julung kalinya itu bakal berlangsung bersempena meraikan ulang tahun kelahiran jenama ayam goreng kesukaan ramai, KFC yang ke 50 di Malaysia.
Malah, ia juga merupakan hadiah daripada KFC bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66.
Konsert berskala besar dan sarat aktiviti menarik ini akan bermula di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 Ogos, diikuti pula di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Sabah pada 6 Oktober dan berakhir di Stadium Larkin, Johor pada 21 Oktober.
Acara ini juga bakal menggabungkan artis-artis tempatan daripada pelbagai genre seperti Bunkface, Forceparkbois, Masdo, Insomniacks dan ramai lagi selain turut diselitkan dengan permainan dan persembahan kebudayaan.
Menariknya, anda tidak perlu pun bersusah payah untuk berperang tiket seperti muzik-muzik festival yang lain. Untuk mendapatkan tiket bagi KEPCI Music Fest ini, anda hanya perlu membeli mana-mana set Kepci Music Fest Combo.
Ikuti sahaja 4 langkah mudah ini:
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara muzik terbesar negara. Tunggu apa lagi? Segera dapatkan tiket anda di semua 770 outlet KFC di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh sahaja melayari laman web ini- kepcimusicfest.com.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Uqasha Senrose menegaskan adik-beradik dan keluarganya tidak pernah menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti dalam apa sahaja percubaan untuk terjun ke dalam dunia seni.
Menurut Uqasha, kesemua ahli keluarganya mula menempa nama kerana usaha mereka sendiri yang bermula daripada bawah.
Malah, hal yang sama juga berlaku sewaktu adiknya, Farza Dida Qirana mencuba nasib untuk menyertai uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 pada Sabtu lalu.
“Sejak daripada Raysha lagi, dia tidak pernah menjual nama kakak-kakaknya ketika masuk Dewi Remaja 2017. Sama juga seperti Dida. Mereka tak pernah sebut nama kami kononnya nak tunjuk mereka ada ‘kabel’.
“Masa Raisha menang dahulu, tiada kena mengena dengan kami. Dia menang sebab diri dia sendiri. Jadi, bila Dida datang ke uji bakat dan ada yang tanya siapa kakak dia? Dia terpaksa jawab. Takkan nak jawab orang utan pula.
“Jadi, saya tak nak la orang fikir yang ada unsur bias atau pilih kasih dalam hal ini,” tulisnya.
Isteri kepada pelakon terkenal yang juga merupakan Juara Hero Remaja 2005/06, Kamal Adli itu berkata sedemikian selepas ditemui di uji bakat program berkenaan pada Ahad.
Pelakon filem, Sumpahan Jerunei itu merupakan salah seorang juri penilai pada hari kedua.
Dalam pada itu, Uqasha turut menyuarakan keyakinan bahawa adiknya itu mempunyai masa hadapan yang sangat cerah dan bakatnya boleh digilap.
“Pada saya, Dida baru sahaja 19 tahun. Perjalanannya jauh lagi. Mungkin bukan di sini rezeki dia atau dia boleh cuba uji bakat lagi kalau dia mahu.
“Masa di bilik uji bakat, dia tak sebut langsung siapa kakak-kakak dia. Dia jadi diri sendiri tapi perkara ini tak boleh sorok. Saya nampak dia punyai masa depan yang cerah kerana berpengetahuan luas.
“Malah, dia kini sedang menuntut dalam bidang perfileman di UiTM. Mungkin bakatnya boleh digilap lagi untuk dia ke apa-apa program uji bakat,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Uqasha turut memaklumkan dia akan sentiasa menyokong Dida dalam apa sahaja bidang yang diceburinya nanti.
“Suami saya bekas Hero Remaja. Adik saya pula bekas Dewi Remaja. Jadi, takkan la saya nak harapkan semua keluarga saya jadi Hero Remaja atau Dewi Remaja.
“Namun, perkara itu telah Allah takdirkan sebegitu. Saya tak pernah minta. Secara kebetulan, Dida ini punyai minat dalam dunia nyanyian dan pengacaraan. Dia nak cungkil bakatnya lagi.
“Mungkin juga Dida terlalu nervous sehingga tak dapat nak buat dengan baik ketika uji bakat. Dia juga tak dapat perkenalkan diri dengan personaliti yang menarik.
“Dia bukan seorang yang bising. Dia sangat beradab dan bercakap pun lemah lembut. Mungkin sebab itu juri tak nampak wow factor dia lagi,” akhirinya.
Terdahulu, di uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung pada Sabtu, Dida berjaya mara sehingga ke stage ke-3 namun dia tidak dapat meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya.
Sekadar informasi, uji bakat Hero Remaja 2023 bakal berlangsung di tiga buah negeri lagi iaitu Pulau Pinang, Sabah dan Selangor.
Perkongsian yang dibuat aktres Nabila Huda di Instagram miliknya pada Khamis menjadi sorotan warga maya.
Menerusi sekeping foto yang dirakam bersama dua rakan selebritinya, Sharifah Sakinah dan Marsha Milan yang disunting wajah mereka yang tampak tua, Nabila turut menulis kapsyen berbaur humor.
“Haa yang ni saya kenal. Yang belah kanan tu, penyanyi hebat Malaya dan pelakon #FilemRahsia, @marshamilandan. Kiri tu, pelakon hebat dan juara work out fitness Sakinah, hemmafit, spoke person cyril, eh banyak jugak ek she buat, @sharifah_sakinah,” tulis Nabila.
Mesra disapa Abil, bintang filem Rahsia ini dilihat ada memberikan reaksi terhadap berapa komen yang ditinggalkan menerusi hantaran terkininya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.