Minggu kedua program realiti terbaharu, Raise The Star Malaysia (RTSMY) menyaksikan lima peserta pertama berjaya melangkah ke saingan minggu ketiga, Ahad depan.
Mereka ialah Zuana, Didie Shazry, Hariz Fahayet, Pasya dan Max Brandon, sekali gus menjadi kumpulan yang dikenali sebagai The Five untuk minggu ini.
Peserta lain yang turut mara termasuk Scha Nuril, Darling, Sharee Lopez, Keka, Khalyn dan Maria Effendi.
Rayme, Aril Elis, Melinda Dadew, Ayiena, Aliff Amya, Zury dan Faysal Saad juga berpeluang untuk terus memberikan saingan.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Erika Foo, Syaf Kahar, Bosswan dan Nishman apabila mereka diumumkan tersingkir menerusi segmen Rise or Fall selepas gagal memikat hati barisan juri.
Ads
Bosswan Tersingkir Tapi Tetap ‘Menyala’
Ads
Meski tersingkir, Bosswan tetap ‘menyala’ berjaya merangkul anugerah Gempak Star On Fire bagi minggu kedua.
RTSMY menyaksikan lima juri tetap di barisan utama penilai iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.
Ads
Markah setiap peserta ditentukan berdasarkan 80 peratus daripada penjurian profesional dan lagi 20 peratus pula menerusi undian umum.
Program ini dikendalikan oleh hos Alif Star dan Sherry Alhadad dan bersiaran langsung dari Royale Theater Shah Alam selama lapan minggu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi dan pelakon Alif Satar, meluahkan rasa simpati dan sedih atas tragedi yang menimpa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas membabitkan bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Dalam satu perkongsian video di Instagram, Alif menyampaikan ucapan takziah buat keluarga mangsa dan seluruh warga UPSI yang terkesan dengan insiden tragis itu.
“Kepada-Nya kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Saya baru dapat tahu tentang kes 15 pelajar UPSI yang terkorban akibat kemalangan, baru-baru ini.
“Salam takziah saya ucapkan kepada semua rakan-rakan, warga UPSI dan terutama sekali kepada ahli keluarga mangsa-mangsa yang terkorban,” katanya.
Penyanyi Cukup Indah itu turut menitipkan doa agar roh mangsa ditempatkan di kalangan insan beriman, serta keluarga mereka diberi kekuatan menghadapi ujian yang berat ini.
“Saya doakan agar anda semua diberikan ketenangan, kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi dugaan Allah SWT. Saya yakin ini satu kehilangan yang amat berat.
“Semoga Allah menempatkan mereka semua di kalangan hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh,” kongsinya lagi.
Apa yang lebih menyentuh hati Alif, dia pernah menjalin kerjasama dan membuat persembahan di UPSI bersama kumpulannya, Alif Satar & The Locos.
Jelas Alif, pengalaman bersama pelajar-pelajar di sana membuatkan insiden ini lebih dekat di hatinya.
“Kami pernah perform di UPSI dan pernah bekerjasama dengan pelajar-pelajar di sana.
“Kami tahu mereka sangat rapat antara satu sama lain. Semoga Allah permudahkan segalanya,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Alif turut menyeru masyarakat agar lebih berhati-hati di jalan raya demi keselamatan semua pihak.
“Jaga diri dan semoga kita semua beringat-ingat untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya. Hormati dan berbuat baik antara satu sama lain,” katanya lagi.
Untuk rekod, nahas yang berlaku awal pagi tadi itu membabitkan bas persiaran yang membawa 44 individu, termasuk 42 pelajar UPSI.
Seramai 13 mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gerik. Tragedi itu meragut nyawa dan menggemparkan seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penyanyi terkenal Britain, Jessie J menggemparkan dunia hiburan antarabangsa apabila mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara peringkat awal.
Pengumuman itu dibuat pelantun lagi Price Tag itu atau nama sebenarnya Jessica Ellen Cornish, 37, menerusi sebuah video penuh emosi di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Dalam video tersebut, beliau memaklumkan telah mengetahui diagnosis itu sejak sembilan minggu lalu dan sedang bersiap sedia menjalani rawatan pembedahan.
“Kanser ini dikesan pada peringkat awal. Walaupun ia satu berita yang menakutkan, saya bersyukur kerana ia dapat dikesan lebih awal dan saya kini dalam fasa perancangan untuk rawatan,” katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut memaklumkan bahawa beliau akan menjalani pembedahan selepas menjayakan persembahan terakhirnya pada acara Capital’s Summertime Ball yang dijadual berlangsung di Stadium Wembley, London pada 15 Jun ini.
Dalam nada positif, Jessie J tidak lupa menyuntik humor dalam pengumumannya dengan bergurau bahawa beliau mungkin akan mempunyai payudara yang lebih besar selepas menjalani prosedur pembedahan serta mencadangkan tajuk lagu baharu Living My Breast Life”
Tindakannya berkongsi secara terbuka tentang penyakit yang dihadapinya turut mendapat pujian daripada pertubuhan kebajikan kanser payudara di Britain, Breast Cancer Now.
Pertubuhan itu menyifatkan tindakan berani penyanyi itu mampu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pengesanan awal, terutama dalam kalangan wanita muda.
Jessie J dalam masa sama turut memaklumkan akan berehat seketika daripada media sosial selepas persembahan terakhirnya untuk memberi fokus penuh kepada proses rawatan dan pemulihan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Haliza Maysuri mengenakan tudung bernilai RM70,000 sebagai simbolik kemenangan samannya terhadap dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.
Haliza, 47, menyifatkan penghasilan tudung itu seperti menjulang jenama Bawal Exclusive (BE) selepas menerima fitnah tidak berasas daripada bekas pengedar tudungnya, sebelum ini.
“Disebabkan kami menang saman semalam saya arahkan kilang buat tudung bernilai RM70,000 yang saya pakai hari ini.
“Saya bukan nak menipu tapi ini semata-mata untuk julang nama BE semula. Maruah saya tak boleh dibayar dengan wang ringgit,” katanya.
Tegasnya, jenama tersebut dibina bermula daripada bawah dengan pelbagai penat lelah sepanjang 27 tahun lalu.
Malah tindakan saman dilakukan adalah sebagai pengajaran kepada mereka di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah.
“Saya dan suami bina jenama ini daripada sewa bilik kecil ketika itu tiada staf beratus, tiada modal dan pendidikan serta tiada peguam yang jaga.
“BE dibina dengan jerit payah kami dan peluh kami. Saya nak beri amaran jangan main-main dengan jenama saya. BE tidak sama dengan jenama lain,” ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan kejayaan yang dibina oleh jenama berkenaan kerana mampu menjalinkan hubungan baik dengan syarikat luar negara.
“Jenama ini dibina dengan peluh air mata, dengan kesusahan tiada modal dan pendidikan tapi rakyat Malaysia perlu berbangga dengan kejayaan kami.
“Malah jenama Swarovski mencari kami dan meletakkan kami sebagai branding rakan kongsi sehingga kami menjadi 10 teratas di syarikat itu.
“Saya tak minta dipuji atau dihargai. Cuma saya dalam perniagaan, saya memang fokus. Jangan jolok sarang tebuan,” tegasnya.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kota Bharu telah memerintahkan seorang bekas pengedar Bawal Exclusive Sdn. Bhd., Rosmaliza Mansor, membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada syarikat itu serta dua lagi pihak atas dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.
Bawal Exclusive bersama Bawal Sdn. Bhd. dan pengasasnya, Haliza Maysuri, memfailkan saman pada 18 Oktober 2024 berhubung satu hantaran di Facebook Rosmaliza yang didakwa memperlekeh usaha pemasaran produk mereka di TikTok.
Haliza selaku Pengasas dan Pengarah Pemasaran bagi jenama tersebut tampil pada sidang media mengenai isu ini di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada Hai Isnin.
Turut hadir ialah Mohd Rosli Awang selaku Pengarah Urusan Bawal Exclusive dan Datuk Adnan Seman yang mewakili firma guaman Adnan Sharida & Associates.
“Rosmaliza Mansor merupakan bekas pengedar produk syarikat Bawal Exclusive Sdn. Bhd. dan Bawal Sdn. Bhd. sejak tahun 2017 hingga 2022.
“Selepas tempoh itu tamat, syarikat memilih untuk tidak meneruskan beliau sebagai pengedar produk,” kata Adnan mewakili firma guaman Adnan Sharida & Associates.
Tambah Adnan, syarikat mendakwa hantaran yang dikongsikan di Facebook itu memberikan gambaran negatif.
“Tindakan beliau telah membawa kefahaman kepada orang awam bahawa pihak syarikat dan Haliza telah bertindak tidak adil kepada pengedar-pengedar yang diberi kebenaran untuk menjual produk-produk syarikat, sekali gus menjejaskan reputasi yang dibina sejak 1998.
“Mahkamah juga mendapati Rosmaliza tidak menghadirkan diri sepanjang prosiding dan pada 1 Januari 2025.
“Dia diperintahkan untuk menurunkan kenyataan fitnah tersebut dari akaun media sosialnya serta dilarang mengulangi sebarang kenyataan sama,” katanya.
Selain bayaran ganti rugi, Rosmaliza turut diarahkan membayar RM570 kepada Bawal Sdn. Bhd. atas satu invois tertunggak.
“Kami tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan reputasi anak guam kami.
“Kami berharap tindakan ini menjadi pengajaran agar masyarakat lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan di media sosial,” jelas Adnan lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.