Tindakan penyanyi, Salima mempertahankan kenyataannya mengenai khasiat air sejuk ternyata mengundang perbalahan daripada netizen.
Bekas peserta Akademi Fantasia 4 itu turut menafikan air sejuk merupakan punca rahim wanita bersalin mengecut dan menganggap ia hanyalah mitos semata-mata.
Kenyataan tersebut telah dimuat naik oleh Salima menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“Baiklah minum air sejuk dr minum teh tarik or milo panas, gula melimpah2. potong kaki nauzubillah. Btw Rasulullah suka minuman yg sejuk. its sunnah ok. Tapi kalau batuk n doktor xbg minum yg sejuk2 jgn lah degil pg minum juga huhu.
“Rajin2 la kita membaca dan menuntut ilmu, klu sapa ade twitter boleh follow doktor2 pny keterangan ttg mcm2 jenis penyakit dan mitos yg direka dlm msykt arini di MedTweetMy, penat opah2 atok2 anta cucu cicit belajar jd doktor, dan doktor bg kita maklumat yg benar tp kita masih menyebarkn pkr tak btul,” tulisnya.
Jelas Salima, minum air sejuk juga merupa salah satu sunnah yang sering diamalkan oleh Rasullah S.A.W
“Saya harap sgt xde komen ‘yg belum tua boleh ckp, nt dh tua baru tahu kesannya’ , sbb xde seorg pun drpd yg bg komen ni boleh bg jaminan yg sakitnya bila tua nanti sbb minum air sejuk. kita semua wajib jaga diri jaga kesihatan jaga pemakanan utk kekal sihat agar boleh beribadat.. tp klu org sakit jgn simply sabitkan dengan sbb minum ais, berapa ramai org tua yg sakit mmg xpernah sentuh air sejuk pun masa muda, dan brp ramai org yg sihat smp ke tua wpun masa muda minum ais.
“AGAIN… jangan fitnah air sejuk… air sejuk tak salah??? , tp sapa yg tak nak minum terpulang, itu selera dan hak masing2, tp bile tgk org lain minum dgn bahagianya, jgn membawang,” katanya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pendapat yang berbeza selain turut menasihati Salima supaya mendengar kata-kata orang berpengalaman.
Foto: Instagram Salima Habibi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Minggu keempat program realiti, Kilauan Emas 2024 malam tadi menyaksikan hampir semua peserta mempamerkan kualiti vokal dan persembahan yang lebih menyakinkan.
Meski tiada penyingkiran dilakukan,...