‘Maaf lambat sikit sebab uruskan anak yang kurang sihat’.

Demikian kata pelakon, Puteri Sarah Liyana saat tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada jam 9.40 pagi bagi menghadiri kes sebutan cerai bersama suaminya yang juga merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Malah, Puteri Sarah yang hadir menaiki Toyota Vellfire putih turut memaklumkan dia berasa sangat gembira dan berharap agar segala urusannya pada hari ini akan dipermudahkan.

“Saya reda, okay dan gembira. Semoga dipermudahkan segalanya hari ini,” katanya ringkas.

IKLAN

Turut kelihatan wakil peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader dan adik perempuan Puteri Sarah yang tiba lebih awal.

Harini ini bakal berlangsungnya kes sebutan cerai bersama isteri, Puteri Sarah.

Terdahulu, Sarah telah menuntut cerai terhadap suaminya itu pada tanggal 16 Januari lalu.

IKLAN

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.

IKLAN

Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.

Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Sekadar informasi, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI