Setelah empat tahun berdiam diri, akhirnya pelakon Puteri Sarah Liyana telah memfailkan saman terhadap pihak ketiga yang didakwa menjatuhkan maruahnya, pagi Khamis.
Menurut Sarah, tindakan yang dibuatnya itu adalah demi maruah dirinya yang telah tercalar selain dicabar oleh pihak ketiga tersebut.
“Saya buat ini demi maruah saya yang dah tercalar, selama ini saya diam.
“Sebenarnya benda ini tak kan (jadi) susah macam ni, kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang mencabar saya.
“(Sebelum ini) dia (orang ketiga) kata ‘bila nak saman, cepat sikit lawyer kau buat kerja, kita orang dah meluat’, okay inilah harinya!
“Kita sebagai isteri bila ada orang ketiga yang kacau, asyik kena pijak je… bila balik rumah menangis. No! Saya dah penat menangis.
“I will do things right for me, for my kids!” tegas Sarah.
Ads
Sarah menfailkan dua jenis saman iaitu saman sivil dan syariah yang tertakluk di bawah enakmen undang-undang negeri Selangor.
Bagi saman sivil, Sarah menuntut pihak ketiga tersebut (defendan) berhenti menghantar apa-apa bentuk gangguan termasuklah di media sosial selain menuntut permohonan maaf daripada defendan.
Menurut peguam yang mewakili Sarah, perintah dan permohonan tersebut telah pun diserahkan kepada pihak defendan pada 28 Jun lalu.
Sarah turut menjelaskan kali ini dia nekad untuk memfailkan saman berikutan sudah terlalu lama memendam rasa dan perasaan selepas rumah tangganya diganggu sejak empat tahun lalu.
Ads
Beroleh kekuatan selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada April lalu, Sarah berharap tindakannya ini akan membuka mata wanita lain di luar sana yang mungkin sedang mengalami nasib yang sama sepertinya pada ketika ini.
“Saya dah penat menangis empat tahun lalu, kali ini saya tak takut.. kenapa saya harus berasa takut.
“Saya ada keluarga, support system, keluarga mentua dan anak-anak. Saya buat apa yang perlu untuk hak saya.
“Menang atau kalah selepas ini, itu nanti perkara kedua. Memanglah (kalau boleh) kita nak menang kan, (tapi) itu ketentuan daripada Allah.
Ads
“Kalau menang pun, Alhamdulillah. Saya akan buka jalan lagi untuk wanita-wanita yang teraniaya, apa yang perlu kita buat semua,” katanya lagi.
Sarah sebelum ini mendedahkan rumah tangga yang dibinanya bersama Syamsul berdepan konflik dan ia hangat diperkatakan susulan pendedahannya mengenai identiti wanita yang didakwa terkait dalam perkata tersebut.
Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencipta sukses yang tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan lebih RM23 juta selepas tujuh hari tayangan.
Rekod tersebut sekaligus menjadikan ia sebagai filem epik Melayu pertama yang pecah panggung.
Susulan itu, ada penggiat seni dan penonton yang mahukan kesinambungan filem tersebut.
Syamsul Yusof yang juga pengarahnyabagaimanapun berkata, sekiranya ada ia akan mengambil masa bagi memastikan kualiti dan penambahbaikan.
“Filem Mat Kilau 2, setakat ini kalau dari bahagian saya sudah semestinya akan ada. Cuma, perkara ini tak boleh gopoh. Dalam berkarya ini tak boleh gopoh.
“Kalau inginkan sesuatu yang berkualiti kena ambil masa, kajian dan sudah tentu nak tingkatkan dan tambah baik untuk selepas ini.
“Tidak kira sama ada filem Mat Kilau atau apa saja pahlawan dan apa jua filem sekalipun kena perbaiki daripada sebelumnya, insya-Allah,” katanya.
Ditanya sama ada barisan pelakon utama Mat Kilau akan dikekalkan sekiranya ada sequel, Syamsul berkata ia rahsia.
“Bagi Mat Kilau 2 dan pelakon masih terlalu awal untuk saya komen, nanti dulu. Masih dirahsiakan,” katanya ringkas.
Filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhan dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syarikat penerbangan antarabangsa tanah air, Malaysia Airlines (MAS) telah melancarkan video keselamatan terbaharu secara rasmi di laman penstriman YouTube, pada Selasa.
Menariknya lagi, rakaman video demostrasi keselamatan ini turut menampilkan ramai barisan selebriti tanah air antaranya Datuk Yusry Abd Halim, Datin Lisa Surihani, Diana Danielle, Puan Sri Tiara Jaqcuelina, Fiza Thomas dan ramai lagi.
Selain itu, elemen kesenian dan kebudayaan tanah air seperti nyanyian dan seni tarian dikir barat turut diterapkan dalam video keselamatan berkenaan.
Bukan sahaja meraih perhatian, video keselamatan bertajuk #SatuDuaTigaJom itu turut telah menerima pujian wargamaya.
Rata-ratanya meluahkan rasa teruja dan bangga dengan menitipkan ucapan syabas kepada syarikat penerbangan MAS.
“WOW!! Amazing, creative, sensational. Good Job MAS can’t wait to watch this onboard,” luah teruja seorang wargamaya.
“Congratulation MAS… keep it up… lain dari yg lain safety video baru now tak sabar nak tgk dlm flight plak. Hope this new video will be benchmark MAS to improved better so that can be best airlines in the world mcm dulu2,” titip seorang netizen.
“Well done MAS! Let’s together support MAS. Not just Everyone Can Fly. They put value in their services,” tulis lagi netizen lain.
“Aiyo…gempak betollah video ni. I memang like sangat!!!,” luah wargamaya.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 40,000 jumlah tontonan selepas dilancarkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: YouTube Malaysia Airlines
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas dua bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Bollywood popular, Alia Bhatt mengumumkan dia dan suami, pelakon Ranbir Kapoor bakal menimang cahaya mata sulung.
Berita gembira itu diumumkan Alia menerusi laman Instagramnya pada Isnin.
Pelakon berusia 29 tahun itu memuat naik gambarnya berada di katil hospital, melihat monitor imbasan sonography sambil ditemani suaminya di sisi.
Bakal ibu itu turut menerima ucapan tahniah daripada rakan artis seperti Priyanka Chopra Jonas, Ami Patel, Diana Penty dan pengarah Karan Johar.
Alia yang popular dengan filem Gangubai Kathiawadi itu berkahwin dengan Ranbir dalam satu majlis tertutup yang diadakan di kediaman mereka pada 14 April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Alia Bhatt
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...