Pelakon Puteri Sarah, 38, mendedahkan anak sulungnya, Shaikul Islam, 6, mengetahui mengenai kemelut rumah tangga ibu bersama bapa mereka, pengarah Syamsul Yusof.
Puteri Sarah berkata, anak sulungnya itu bertanya kepada atuk mereka, Datuk Yusof Haslam sejurus mengetahuinya melalui internet.
“Anak pertama sudah tahu sebab Shaikul sendiri beritahu bapa mentua saya, ‘abang dah tahu dah. Lalu Datuk dan Datin beritahu Shaikul, walau apa pun yang terjadi, Ma dan Atuk memang sayangkan Shaikul dan Summayah.
“Kami sekeluarga ada, jangan risau dan tak usah ambil peduli apa itu semua.
“Shaikul dapat tahu awal-awal daripada Atuk dia. Jadi saya tidak pasti bagaimana reaksi dia bila pertama kali mengetahui perkara tersebut. Anak-anak pun masih kecil.
“Malah saya rasa dia ada dengar cerita menerusi YouTube dan mungkin bertanya. Jadi mereka terangkanlah. Saya bertuah kerana mempunyai ibu dan bapa mentua yang baik,” katanya.
Ads
Ditanya apa perasaannya selepas bertemu suaminya pertama kali selepas setahun di dalam kamar mahkamah, Puteri Sarah menjelaskan perasaan itu sudah tidak wujud.
“Rasa biasa sahaja. Tiada apa yang luar biasa. Saya pun tak pandang, tak tahu tengok saya atau sebaliknya. Saya hanya mahu terus pandang ke depan. Dah la, bye-bye,” katanya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Ads
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak.
Sebelum ini,Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Ads
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendakwa penyanyi dan penulis lagu, Amir Jahari berkemungkinan malu dan takut apabila karyanya itu digunakan untuk video politik memandangkan beliau merupakan Ahli Perlimen Pembangkang.
Susulan itu, Amir tampil memberikan reaksi balasnya berhubung kenyataan tersebut.
Jelas Amir, dia tidak takut pada manusia sebaliknya menghambakan diri kepada yang maha Esa.
“Saya pengkarya, bukan pengikut yang membabi buta. Seni saya bukan untuk mana-mana parti politik, kerajaan mahupun pembangkang.
“Saya hanya takut pada Allah yang Maha Seni, bukan pada manusia yang buta akan nikmatnya.
“Berkarya bukan kerana nama, tapi untuk jiwa-jiwa yang ingin memahami yang Maha Seni, mencari jalan pulang kepada Sang Pencipta,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekes peserta Akademi Fantasi musim ke-9 itu menerusi satu hantaran di laman Instagram.
Terdahulu, memetik laporan Astro Awani, Mas Ermieyati telah membuat permohonan maaf kepada Amir kerana menggunakan lagu ciptaannya itu sebagai lagu latar untuk hantaran video semasa berada di Mahkamah Kuala Lumpur susulan pendakwaan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.
Jelasnya, beliau sedia menurunkan semula hantaran menggunakan lagu berkenaan dan menggantikannya dengan lagu lain seperti lagu nasyid atau lagu penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Beliau juga mengingatkan Amir agar lebih berhati-hati selepas ini dengan meletakkan tanda amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menggunakan lagunya untuk tujuan politik.
Pada Jumaat, wakil pengurusan komposer dan penyanyi Amir Jahari meminta Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menarik balik lagu Hasrat yang dimuatkan dalam video menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sekadar informasi, Hasrat merupakan lagu tema bagi filem, Imaginur yang dikini sedang ditayangkan di pawagam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amir Jahari, Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan pendedahan pelakon Diana Danielle mengenai anak keduanya, Nur Aurora, 8, trauma sehingga membuatkannya tidak mengizinkan suami, Farid Kamil daripada bertemu anak-anak, adik kepada aktor itu, Fadzil Zahari tampil melontarkan pertanyaan kepada aktres tersebut berhubung isu berkenaan.
Menerusi ruangan komen di Instagram Hlive, Fadzil memberikan pertanyaan tersebut di atas perkongsian video Diana ketika dikeremuni wartawan sebaik selesai prosiding perbicaraan kes permohonan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa.
“Trauma sebab apa?” tanya Fadzil.
Terdahulu, Diana mengeluarkan kenyataan tersebut bagi mengulas mengenai kenyataan Farid yang sudah 23 hari tidak bertemu anak-anak.
“Aurora trauma,” ringkas jawapan Diana yang enggan menjawab punca anak bongsunya itu trauma.
Menerusi prosiding tersebut, Farid enggan menceraikan Diana malah cuba mempertahankan rumah tangga yang telah dibina sejak lebih 10 tahun lalu.
Farid juga turut membawa sejambak bunga ros dan sebentuk cincin bagi memenangi semula hati Diana.
Untuk info, Farid dan Diana berkahwin pada 2 November 2012.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Filem Istanbul Aku Datang yang diterbitkan hampir 11 tahun yang lalu merupakan antara filem romantik komedi terbaik yang pernah dihasilkan pengarah tempatan.
Gandingan mantap pelakon utamanya iaitu Datin Lisa Surihani dan Beto Kusyairy masih lagi membekas di hati penonton sehingga hari ini.
Malah, filem ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mampu membuat para penonton terus tersenyum walaupun sudah menontonnya berulang kali.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Lisa dan Beto dilihat kembali menjayakan watak sebagai Dian dan Harris dalam sebuah video kempen bagi mempromosikan sebuah produk makanan.
Kolaborasi tersebut nyata membuatkan netizen berasa teruja seterusnya mengimbau kembali momen-monen indah lebih sedekad yang lalu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menyifatkan video tersebut sebagai pengubat rindu untuk melihat Lisa dan Beto kembali berlakon bersama.
“Comel betul. Awak mesti tak tahu berapa kali saya tengok filem Istanbul Aku Datang. Saya pun tahu sebab tak terkira.
“Ya Allah, bestnya. Macam dalam filem.
“Kenangan sungguh bila tengok watak diorang.
“Ni spin off baik punya.
“Rindunya movie ni. Ingat lagi hampir setiap hari tengok movie ini dulu. Sampai hafal semua skrip,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Selain Lisa dan Beto, video berkenaan turut menampilkan pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim.
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 1.2 juta tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Lisa Surihani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...