Puteri Aishah Dikecam Pakai Baju Jarang

Bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015, Puteri Aishah baru-baru ini telah memperagakan baju dalam satu pertunjukan fesyen bersempena Kuala Lumpur Fashion Week 2017 (KLFW).

Dalam pada dia memperagakan baju di pertunjukan fesyen tersebut, tanpa dia sedari ramai mata-mata yang melihat pakaian yang dipakai olehnya itu kelihatan jarang dan menampakkan pakaian dalamnya yang berwarna gelap.

Gambar dia memakai baju itu telah tersebar di media sosial dan netizen pun mulalah mengecam pakaiannya yang dianggap seksi.

Menurut sebuah sumber, Aishah telah menjelaskan bahawa dia sendiri tidak perasan bahawa baju yang dipakainya itu jarang dan ketika dia menukar baju tersebut di belakang pentas tiada cermin untuk dia melihat pakaian yang telah dipakainya.

IKLAN

“Saya juga menukar baju itu belakang pentas dan memang tiada cermin disediakan di situ,” jelasnya.

Namun dia hanya menyedari tentang pakaian yang dianggap seksi itu selepas gambar yang diambil oleh jurufoto ketika dia memperagakannya kelihatan jarang.

“Namun, apabila jurugambar merakam gambar saya ketika di pentas, baju itu nampak jarang kerana terkena cahaya dan lampu,” katanya kepada Harian Metro.

Akibat daripada kritikan pedas daripada netizen yang mengecam baju tersebut, dia terpaksa menutup ruang komen di Instagramnya.

Untuk info, Aishah mula dikenali selepas dia memasuki pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 dan selepas pertandingan itu dia mula menceburi bidang lakonan dan karier lakonannya bermula dengan membintangi drama Akulah Balqis pada tahun 2015.

Selain daripada berlakon Aishah juga pernah menceburi bidang pengacaraan di mana dia pernah menjadi pengacara untuk program MeleTop Kebaboom.

IKLAN

Aishah juga pernah menjadi guru pelatih di sebuah sekolah rendah dan dia pernah menjadi viral pada tahun 2014.

Kini namanya semakin dikenali dan menjadi sebutan kerana memiliki bakat yang tersendiri dalam bidang seni, bersertakan dengan rupa paras yang cantik tidak mustahil Aishah akan menjadi bintang terkenal suatu hari nanti.

Sumber: Harian Metro