Pusat Beli Belah Ampang Park Bakal Tinggal Sejarah

MH pasti ramai yang tahu dan familiar dengan pusat beli belah, Ampang Park yang terletak di tengah-tengah pusat bandar, Kuala Lumpur kan?

Untuk pengetahuan semua, Ampang Park bakal menutup pintunya secara rasmi pada 31 Disember ini selepas 44 tahun beroperasi.

Ampang Park merupakan pusat beli belah yang pertama dibina di Malaysia pada tahun 1973 dan pastinya ramai yang pernah mempunyai kenangan manis mahupun pahit di sini.

Bangunan pusat beli belah ini sedang dirobohkan untuk membuat laluan bawah tanah dan stesen MRT lima tingkat untuk laluan baru MRT2.

IKLAN

Walaupun banyak shopping mall yang dibina bagai cendawan tumbuh namun Ampang Park tetap mendapat sambutan daripada ramai pengunjung kerana sudah mempunyai pelanggan tetap terutamanya dari kumpulan yang berpendapatan sederhana.

Selepas hampir satu tahun berjuang untuk mempertahankan bangunan ini, mahkamah telah menolak rayuan daripada 39 pemilik dan penyewa premis yang menentang rancangan untuk merobohkan bangunan tersebut untuk membina stesen MRT Ampang Park yang menghubungkan laluan bawah tanah dengan stesen baru tersebut.

IKLAN

Menurut sebuah portal, Salah seorang peniaga di pusat beli belah tersebut, Jennifer Lee, 55 seperti tidak percaya harus meninggalkan kedai warisan keluarganya yang diwariskan oleh datuknya.

Bangunan ini merupakan salah satu daripada kenangan zaman kanak-kanaknya di mana dia membantu datuk mengemas rak di dalam kedai dan dia juga telah menganggap kedai itu sebagai rumah kedua buatnya.

“Saya sangat sedih kerana pihak pengurusan memberikan surat untuk berpindah pada 1 Disember, saya berasa susah untuk tidur kerana sudah berada di sini selama 44 tahun dan banyak barang saya yang saya tidak tahu untuk letakkan di mana kerana masih belum menjumpai tempat baru.

 

“Saya telah berada di sini sejak tahun 1973 ketika bangunan ini dibuka dan saya bercadang untuk meninggalkan tempat ini pada hari terakhir. Saya benar-benar tidak mahu tinggalkan tempat ini,” katanya kepada Malaysia Kini sambil menahan air mata.

Sumber: Malaysia Kini