Kadang-kadang MH sendiri tak faham dengan netizen ni, mana satu mereka nak sebenarnya? Senang cerita, hati berubah-ubah.

Dalam rancangan Meletop minggu ini menyaksikan gandingan pengacara oleh Neelofa dan Johan namun apa yang menarik perhatian MH adalah komen netizen terhadap duo tersebut.

Seorang netizen menulis di ruangan komen mengatakan bahawa Johan lebih ‘best’ mengacara berbanding Nabil.

Punyai Beberapa Nama Yang Sesuai, Netizen Minta Program Meletop Tukar-Tukar Pengacara!

“Johan lagi best mengacara Meletop daripada Nabil,” tulisnya.

Selain itu, ada juga netizen yang memuji Johan serta mengatakan bahawa dia tidak ‘perasan lebih’ berbanding ‘seseorang’ itu.

IKLAN

“Aku lebih terhibur dengan Johan,rasanya lebih baik si Johan seorang je yang mengacara, tak sakit mata.

“Yang seorang itu perasan je lebih,” tulis individu tersebut.

MH tak tahu lah siapa yang individu ini maksudkan, tapi mungkin itu hanya pendapat peribadi dia sahaja.

Dalam pada itu, ramai yang memuji Johan mengatakan bahawa dia sangat lucu sewaktu mengacarakan Meletop terutama semasa ‘part berhenti rehat’ yang dilakukan secara spontan itu.

Punyai Beberapa Nama Yang Sesuai, Netizen Minta Program Meletop Tukar-Tukar Pengacara!

IKLAN

Punyai Beberapa Nama Yang Sesuai, Netizen Minta Program Meletop Tukar-Tukar Pengacara!

Punyai Beberapa Nama Yang Sesuai, Netizen Minta Program Meletop Tukar-Tukar Pengacara!

IKLAN

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama netizen memperkatakan mengenai pengacara meletop ini memandangkan pada minggu lalu, rata-rata memuji Sherry AlHadad dan Nabil mengacarakan program tersebut.

Namun persoalan MH sekarang ini, apa sebenarnya yang netizen mahu? Memandangkan ada sahaja komen netizen berkaitan dengan program tersebut.

Namun begitu, seorang netizen ada memberikan idea bernas iaitu sistem ‘host’ secara giliran.

“Tukar-tukar lah pengacara, Johan dan Sherry serta Nabil dan Neelofa,” tulisnya.

Sumber: Youtube & IG Meletop

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI