Sejak semalam, pelbagai spekulasi melibatkan hubungan hos dan usahawan popular, Neelofa dibuat waeganet apabila mendapati ibu dan adik-beradiknya yang lain dikatakan telah berhenti mengikuti PU Riz di Instagram.
Lebih membuatkan ramai mengeluarkan teka-teki sendiri, ada di kalangan ahli keluarga figura terkenal itu telah memuat naik status hampir sama di IG Stories masing-masing, seolah-olah sedang memberikan bayangan sesuatu yang berlaku.
Bagaimanapun menerusi tinjauan MH, Neelofa dan PU Riz masih lagi saling mengikuti antara satu sama lain di Instagram.
Ads
Terdahulu, hal tersebut mula menjadi perhatian netizen hingga rata-ratanya meneka sama ada pasangan tersebut kini sedang mempunyai masalah dalam hubungan mereka atau sebaliknya.
Malah, pelbagai dakwaan telah ditimbulkan pengguna media sosial hingga mencetuskan tular di media sosial.
Ads
Misalnya, ada yang memberi dakwaan keduanya sudah pun berkahwin dan mereka dinikahkan bapa kandung Neelofa di Kelantan, sebagaimana yang terpapar di dalam Whatsapp yang ditulis individu yang kini viral.
Ads
Bagaimanapun sehingga kini, masih tiada penjelasan rasmi mengenai hal tersebut.
Walau apa pun yang berlaku, semoga ia dapat diselesaikan dengan cara baik mereka, meski pelbagai spekulasi sudah bertebaran.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Rozita Che Wan akui tersentuh dengan keikhlasan hati sahabat baik yang juga merupakan pengasas produk kosmetik, Anas Zahrin yang sudi menaja majlis besar-besaran bersempena ulang tahun perkahwinannya yang kian menjangkau usia 10 tahun.
Bagaimanapun, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memberitahu, dia sebenarnya tidak terkejut dengan pemberian ini kerana menyifatkan Anas sememangnya seorang yang sangat pemurah.
“Ini merupakan hadiah daripada Anas. Walaupun anniversary saya bulan 12 tapi dia minta juga saya buat awal. Sebenarnya saya tak terkejut pun dapat hadiah seperti ini kerana Anas ni seorang yang sangat pemurah.
“Sejak saya kenal dia 12 tahun yang lalu, tak pernah lagi saya dapat belanja dia makan. Semua dia yang nak bayar. Kalau beli goreng pisang harga 20 ringgit, dia bayar RM100.
“Majlis ni pun dirancang dalam masa yang sangat singkat. Pada awalnya kita nak buat launching inai sahaja tapi dia kata dah alang-alang, malam akak bersandinglah. Kita pun suka,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pelakon Zain Saidin itu berkata sedemikian selepas ditemui usai majlis ulang tahun perkahwinan yang diadakan di Glam Hall Damansara, Damansara Perdana pada Selasa.
Che Ta turut menambah, dia dan Anas sudah pun bersahabat sejak 12 tahun yang lalu dan mereka langsung tidak penah berbalah.
“Persahabatan kami bermula hanya atas dasar kerja kemudian semakin rapat. Ada sesetengah rakan kerja akan menjadi rapat, boleh bertolak ansur dan macam-macam lagi.
“Kami jadi sangat rapat sampai tak larat nak angkat telefon bersembang. Selama 12 tahun ni, kita tak pernah gaduh.
“Dia pun sangat hormat orang. Dia jumpa mak dan suami saya pun salam cium tangan. Padahal kejayaan dia lebih daripada saya. Tapi sangat merendah diri,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia juga amat gembira dengan perjalanan majlis yang dikatakan menelan belanja hampir RM100,000.
“Masa majlis tadi Anas tanya saya happy tak? Gila tak happy. Berapa puluh ribu nak bayar majlis ni. Saya rasa cecah hampir RM100,000. Makan sahaja RM40,000. Tak termasuk bayaran juru foto, penari dan sebagainya.
“Bayar yang kecil-kecil ni pun rasaya boleh cecah RM30,000. Majlis malam ni memang saya lepas tangan. Saya tak tahu pun tentatif malam ni. Saya ikut sahaja kata pengacara majlis.
“Kami hanya pergi fitting baju sahaja. Saya suka majlis ni kerana ringkas dan padat. Takda biar orang tertunggu-tunggu nak makan. Kita kena hormat orang yang dah sampai bukan sebaliknya,” ujarnya lagi.
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan tindakan seorang guru difahamkan membaling buku kepada pelajar hingga terkena anak saudaranya, yang dikenali sebagai Iqie telah mencetuskan kemarahan kepada dirinya.
Malah, ada peminat yang turut tidak berpuas hati dengan tindakan guru berkenaan yang dikatakan agak keterlaluan.
Pada masa sama, bintang Nur 2 ini mengakui terkejut dengan apa yang berlaku memandangkan ia adalah kejadian pertama kali seumpamanya berlaku terhadap mana-mana ahli keluarga.
“Sudah pastilah saya terkejut sebab pada awalnya bagi saya semua orang pernah kena hukum dengan guru sekolah masing-masing. Akan tetapi bagi saya cara yang boleh digunakan adalah rotan atau denda bagi murid bermasalah.
“Bukanlah sampai tahap baling buku hingga menyebabkan kecederaan. Ia mencetuskan kemarahan saya kerana tidak pernah lagi terjadi kepada mana-mana ahli keluarga,” jelas Eyra.
Kongsinya lagi, dia telah membuat laporan polis terhadap insiden berkenaan.
“Alhamdulillah guru terbabit sudah pun mohon maaf tetapi kami tetap membuat laporan polis supaya guru itu tidak lagi mengulangi perkara sama.
“Meski difahamkan guru tersebut mahu baling buku kepada pelajar lain, tetapi perkara itu tetap tidak sepatutnya berlaku,” kongsi Eyra yang turut bimbang ia hanya akan menyebabkan trauma kepada para pelajar lain.
Terdahulu Eyra ditemui di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Pada malam kemuncak itu, bintang Mr.Grey ini diumumkan sebagai Artis Baru MeleTop.
Beberapa minggu lalu, bintang muda ini ada mempersoalkan tidnakan seorang guru yang cuba menghukum pelajar sehingga menyebabkan kecederaan. Perkongsian yang menimbulkan reaksi pelbagai netizen itu diluahkan Eyza menerusi laman Twitter.
Foto: Instagram/Twitter Eyra Hazali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ikon gusti profesional dan ikon budaya pop dunia, Hulk Hogan, disahkan meninggal dunia pada usia 71 tahun selepas mengalami serangan jantung di kediamannya di...