Wow… nampaknya majlis resepsi pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura Sharifuddin dianggap peminat sebagai antara Wedding of the Year tahun ini.
Meriah dengan kehadiran para tetamu jemputan yang terdiri daripada vip, ahli keluarga, rakan selebriti, media dan rakan terpilih, majlis resepsi yang diraikan sekitar 1000 tetamu itu pastinya melakar 1001 momen indah.
Okay, kat sini kami nak cerita 10 kisah menarik yang mungkin korang tak tahu apa yang berlaku di majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan ini.
Berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur sekitar jam 8.30 malam, gaun pengantin polos putih yang diperagakan Fazura direka rakan baiknya, Rizman Ruzaini dan solekannya pada malam itu ditata KF Bond, rambut oleh Ckayliow.
Tema Fairytale
Fattah,27 dan Fazura,34, sepakat memilih tema fairytale bersempena dengan resepsi mereka yang pertama ini. Bagai melengkapi tema, pelamin yang mengambil inspirasi alam kayangan turut mencuri tumpuan hasil kreatif Rekateemor. Rekateemor sebelum ini turut sinonim dengan majlis resepsi selebriti terkenal lain seperti Yuna dan Sharnaaz Ahmad.
Meletup Goodies!
Goodies buat para tetamu yang hadir pun cukup sweet, iaitu kotak dengan rekaan kereta kuda dan di dalamnya terkandung bingkai mini yang mempunyai gambar pasangan tersebut dan sebiji kek comel berbentuk hati, lengkap dengan kad yang tertulis “Thank You For Being a Part of Our Fairytale. Lots of love…”
Ruffedge Is Back!
Empat orang penyanyi terkenal turut mengalunkan beberapa buah lagu buat pasangan mempelai iaitu Aizat Amdan, Bunga Citra Lestasri, Sheila Majid dan Dayang Nurfaizah. Turut membuat persembahan ialah kumpulan Ruffedge yang melakukan penampilan khas selepas 11 tahun!
Rakan Artis Rai FattZura
Turut kelihatan di majlis tersebut ialah barisan rakan selebriti kedua-dua mereka seperti Rozita Che Wan yang hadir bersama anak sulung, Fasha Sandha, Elfira Loy, Lisa Surihani dan Yusry, Anzalna, Sazzy Falak, Ika Nabella, Mira Filzah, Zizan Razak dan ramai lagi. Turut mencuri tumpuan ialah aktres Zarina Zainuddin yang datang bersama salah seorang anaknya, Azal Azrai yang merupakan peminat setia FattZura.
Kelasnya Baju Masing-Masing…
Bila sudah ramai dengan kehadiran selebriti, sudah tentunya juga para tetamu akan ‘dijamu’ dengan pelbagai fesyen busana yang digayakan rakan artis yang hadir. Paling meletup sudah tentulah Rozita Che Wan. Kain tingkat lagi okay. Terdahulu, Cheta baru saja menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, pelakon Zain Saidin yang ke-34 di Bukit Fraser. Baju Anzalna Nasir pun tak kurang hebatnya juga. Mira Filzah pula memilih untuk tampil serba putih menerusi gaun dakap tubuh ciptaan Amaze Ateliar.
Kami sempat usik Anzalna mengenai posting yang dimuatnaiknya beberapa hari lalu. Dia hanya tersenyum dan minta kami doakan yang baik-baik saja.
Ops…?
Rakan pelakon menerusi drama Hero Seorang Cinderella, Iswan Ismail dan Jasmine Suraya Chin pun sempat diusik netizen di media sosial, membayangkan pasangan ini pun akan ikut sama berkahwin sebagaimana Fattzura. Amboi korang…suka ‘pasang-pasangkan’ orang ya…?
Segmen Emosi…
Video yang merakamkan ucapan khas daripada rakan baik pasangan ini juga turut menarik perhatian ramai apabila ada di antara rakan mereka yang tidak boleh menyembunyikan perasaan gembira bersama linangan air mata.
#fattzurafairytale Dah Beribu!
Sebelum acara berakhir, pengacara majlis sempat memberitahu bahawa #fattzurafairytale sudah pun mencecah kepada 6,000 kali notifikasi. Agaknya dalam tempoh beberapa jam dari sekarang, tanda palang berkenaan pasti akan bertambah. Tak hairan kalau boleh cecah sampai 10,000 notifikasi kan?
Foto: Instagram selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI